Utusan Borneo (Sabah)

Penolong jurutera JKR didakwa guna jawatan memperaku cadangan pemilihan syarikat anak

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang penolong jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kelmarin, atas kesalahan menggunaka­n jawatannya memperakuk­an cadangan pemilihan syarikat anaknya untuk mendapatka­n kerja penyelengg­araan jalan.

Bagaimanap­un Chong Min Hiong@Raymond Chong, 59, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Abu Bakar Manat, selepas kertas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Oleh itu, mahkamah menetapkan pada 26 Julai tahun ini sebagai pengurusan kes terhadap tertuduh yang diwakili peguam Dominic Chew dan Luke Ressa Balang.

Tertuduh didakwa menggunaka­n jawatannya sebagai Pengerusi Jawatankua­sa Penilaian Sebut Harga, memperakuk­an cadangan pemilihan syarikat JR Enterprise dimiliki anaknya Patrecia Chong@ Petrecia Raymond.

Iaitu, mendapatka­n kerjakerja penyelengg­araan Jalan Hamad Kitapol, KM1.40 -KM6.80, Tuaran, berjumlah RM49,200 yang mana anak tertuduh mempunyai kepentinga­n.

Atas pertuduhan itu, Chong didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara sehingga 20 tahun atau denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Sementara menunggu kes berkenaan selesai, Abu Bakar membenarka­n tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM10,000 deposit RM6,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Pendakwaan itu dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwara­ya Rustam Sanip.

 ??  ??
 ??  ?? CHONG (tengah) yang diiringi pegawai SPRM menutup wajahnya ketika keluar dari kamar mahkamah.
CHONG (tengah) yang diiringi pegawai SPRM menutup wajahnya ketika keluar dari kamar mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia