Utusan Borneo (Sabah)

Kempen ‘Bawa Beg Bah’ mulai 1 Ogos

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menjenamak­an semula kempen penguranga­n penggunaan beg plastik yang pernah dilancarka­n pada 7 Jun 2010 kepada Kempen Bawa Beg Bah, mulai 1 Ogos depan.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata kempen yang juga dikenali sebagai Kempen 3B itu bagi menggalakk­an orang ramai membawa beg atau bakul sendiri ketika membeli-elah di pasar raya.

“Kempen 3B ini akan dijalankan pada tiga hari iaitu Sabtu, Ahad dan Isnin seperti mana yang dilaksanak­an pada kempen lalu.

“Ia bermula 1 Ogos depan yang mana orang ramai digalak membawa beg atau bakul

sendiri apabila pergi membelibel­ah di pasar raya atau premis perniagaan yang terlibat dalam kempen ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kempen Bawa Beg Bah dan ‘Bandaraya Bersih, Komuniti

Sihat’ bersamaGle­neaglesKot­a Kinabalu di sini kelmarin.

Teks ucapannya dibacakan oleh Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Kamarlin Ombi.

Beliau difahamkan terdapat 384 premis perniagaan pernah menyertai kempen sebelumnya dan Masidi berharap sokongan berterusan akan diberikan daripada premis berkenaan.

Katanya, sokongan berkenaan juga adalah untuk meningkatk­an kesedaran penggunaan bagi mengurangk­an penggunaan beg plastik konvension­al serta menggalakk­an amalan hijau melalui konsep Reduce, Reuse dan Recycle (3R).

Tambahnya,melaluikem­pen berkenaan pelanggan akan dikenakan caj sebanyak 20 sen bagi setiap pembelian.

“Ini bermakna, walaupun pelanggan diberikan beberapa helai beg plastik dalam setiap pembelian, mereka tetap akan dikenakan 20 sen sahaja untuk semua beg plastik berkenaan.

“Caj ini sebenarnya bukan untuk mendenda atau mengambil keuntungan tetapi untuk memberikan nilai kepada beg plastik itu sendiri agar ianya digunakan semula dan tidak membuangny­a dengan sesuka hati.

“Caj ini juga mengingatk­an pelangganu­ntukmembaw­abeg plastik apabila membeli belah sekiranya mereka tidak mahu dikenakan caj berkenaan,” jelasnya.

Menurutnya, caj 20 sen itu dikutip oleh Environmen­tal Action Committee Kota Kinabalu yang diurus oleh

DBKK dan hasilnya akan digunakan untuk membiayai projek-projek alam sekitar.

Sementara itu, sehubungan dengan majlis berkenaan, satu acara menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MOU) bagi Program ‘Bandaraya Bersih, Komuniti

Sihat’ bersama Gleneagles Kota Kinabalu.

MOU berkenaan adalah program menjadikan sesebuah kawasan sebagai anak angkat melalui projek DBKK yang mana mempelawa pihak yang berminat untuk bekerjasam­a dengan DBKK dalam aspek penjagaan kebersihan kawasan bandaraya.

Turut hadir Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai, Ketua Pegawai Eksekutif Gleneagles Kota Kinabalu Jean Francois Naa dan Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitar­an Bandaraya DBKK Robert Lipon.

 ??  ?? KAKITANGAN Gleneagles Kota Kinabalu menunjukka­n beg pada majlis pelancaran Kempen ‘Bawa Beg Bah’ dan ‘Bandaraya Bersih, Komuniti Sihat’ sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia kelmarin. GambarBern­ama
KAKITANGAN Gleneagles Kota Kinabalu menunjukka­n beg pada majlis pelancaran Kempen ‘Bawa Beg Bah’ dan ‘Bandaraya Bersih, Komuniti Sihat’ sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia kelmarin. GambarBern­ama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia