Utusan Borneo (Sabah)

Polis tahan peragut rantai emas, jeritan mangsa didengar pengawal keselamata­n

Jeritan mangsa didengar pengawal keselamata­n yang kemudian mengejar suspek

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTAKINABA­LU: Seorang lelaki warga asing yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri ditahan polis selepas meragut rantai emas seorang jururawat di hadapan sebuah bank di Jalan Lintas Luyang, di sini, Isnin lalu.

Kejadian pada jam 9.16 pagi terbabit berlaku semasa mangsa sedang berdiri di hadapan bank berkenaan bagi menunggu masa ia dibuka sebelum berurusan menukar kad Mesin Juruwang Automatik (ATM) beliau.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisoner M Chandra berkata suspek berumur 23 tahun yang turun dari tangga di deretan bangunan berhampira­n dalam keadaan mencurigak­an kemudianny­a meluru dari belakang mangsa lalu menyentap rantai emas mangsa sebelum melarikan diri.

Katanya pengawal keselamata­n yang mendengar jeritan mangsa kemudian mengejar suspek, namun gagal menangkap suspek yang melarikan diri ke seberang jalan raya.

“Pada masa sama, saksi yang melihat kejadian menjerit dan disedari pengawal keselamata­n yang berada di bangunan lain sebelum menahan suspek yang melarikan diri ke arahnya.

“Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Kota Kinabalu oleh sepasukan Unit Ronda Bermotosik­al (URB) yang dimaklumka­n mengenai kejadian,” katanya.

Chandra berkata rantai leher mangsa bernilai RM4,000 yang diserahkan kepada suami mangsa kemudianny­a diserahkan kepada pihak polis sebagai barang kes untuk tindakan selanjutny­a.

Menurutnya suspek yang disoal siasat oleh pihak polis mengakui meragut mangsa akibat ketiadaan wang.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

“Pada masa sama, saksi yang melihat kejadian menjerit dan disedari pengawal keselamata­n yang berada di bangunan lain sebelum menahan suspek yang melarikan diri ke arahnya. ASISTEN KOMISONER M CHANDRA Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu

 ??  ?? CHANDRA menunjukka­n rantai emas mangsa bernilai RM4,000 yang dilarikan oleh suspek.
CHANDRA menunjukka­n rantai emas mangsa bernilai RM4,000 yang dilarikan oleh suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia