Utusan Borneo (Sabah)

Dua lelaki bersenjata samurai larikan wanita ditahan

-

KUANTAN: Seorang lelaki Orang Asli yang mendakwa dirinya ‘tidak sihat’ menetak mati neneknya selain mencederak­an bapa mentua dan mencucuh muka isterinya dengan bara api dalam kejadian di sebuah perkampung­an Orang Asli di Pos Lejang di Lipis Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azry Akmar Ayob berkata kejadian pada kira-kira 8 pagi itu berlaku apabila suspek berusia 32 tahun itu pergi rumah neneknya berusia 76 tahun untuk makan, namun dimaklumka­n rumah itu tidak mempunyai makanan.

“Mangsa (nenek) memberitah­u mahu membawa suspek berubat kerana melihat kelakuanny­a yang agresif. Suspek kemudianny­a masuk ke rumah dan mengambil parang lalu melibasnya di belakang leher mangsa menyebabka­nnya terus rebah,” katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.

Azry Akmar menambah suspek yang bekerja sendiri itu kemudianny­a berlari ke rumahnya yang terletak kira-kira 600 meter dari tempat kejadianda­nmenetakba­pamentuany­a di belakang badan dan di leher.

Katanya lelaki berumur 56 tahun itu telah bergelut dengan suspek dalam keadaan cedera sebelum dibantu seorang pemuda kampung yang berjaya menangkap suspek dan mengikat tangan serta kakinya sementara menunggu ketibaan polis.

Azry Akmar berkata sebelum kejadian itu, suspek telah mencucuh muka isterinya yang berumur 21 tahun menggunaka­n bara api semasa wanita itu datang ke rumah kakak suspek untuk melihat suaminya itu yang dikatakan telah pengsan.

“Suspek ke rumah kakaknya selepas bangun tidur pada pukul 8 pagi semalam untuk makan, namun mendakwa timbul satu perasaan yang menyebabka­n dirinya tidak tentu arah sebelum pengsan sebaik sahaja tiba di rumah kakaknya.

“Isteri suspek datang untuk melihat keadaannya namun melarikan diri selepas mukanya dicucuh dengan bara api yang digunakan untuk memasak. Suspek kemudianny­a bergerak ke rumah neneknya yang terletak 100 meter dari situ,” katanya.

Azry Akmar berkata suspek ditahan pada 3.50 petang semalam memandangk­an perkampung­an Orang Asli itu terletak 40 kilometer dari bandar dan hanya boleh dilalui menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda dengan masa perjalanan tiga jam.

“Mayat dibawa ke Hospital Lipis dan bedah siasat akan dilakukan hari ini, manakala isteri dan bapa mentua suspek juga menerima rawatan di hospital sama. Suspek ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis dan akan direman hari ini,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia