Utusan Borneo (Sabah)

38 persatuan terima sumbangan Adun Sulaman

-

TUARAN: Sebanyak 38 persatuan belia/NGO dan rumah kebajikan dalam kawasan Sulaman telah menerima sumbangan sebanyak RM2,000 setiap satu daripada peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri Sulaman pada Isnin.

Peruntukan itu telah disampaika­n oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Adun Sulaman Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor semasa Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaia­n Sumbangan Ramadan di Masjid Daerah Tuaran (Masjid An-Nur), di sini.

Masjlis itu merupakan anjuran bersama Biro Agama Umno Tuaran, Badan Masjid An-Nur, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) dan Lembaga Pembanguna­n Perumahan dan Bandar (LPPB).

Antara NGO dan rumah kebajikan yang menerima sumbangan ialah Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Tuaran, Wanita Usia, Home Tuaran, Jireh Home, Persatuan Orang Buta dan Rumah Kebajikan Yayasan Suria.

Selain itu, Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Kebudayaan Kemagi Sama, Persatuan Komulakan Lotud (Klosa), Persatuan Belia Kreatif Kg Kota, Persatuan Belia Bolong Baru serta NGO belia dan sukan.

Sementara itu, LPPB turut menunaikan kewajipann­ya dalam tanggungja­wab sosial korporat (CSR) apabila agensi Kerajaan Negeri itu memberi sumbangan Ramadan kepada golongan asnaf, ibu tunggal dan kanak-kanak yatim piatu.

Pengurus Besar Hjh Rosnani Hj Asmat menyampaik­an sumbangan bagi pihak LPPB. Turut hadir ialah Pengurus LPPB Ahmad Shah Mohd Yacob dan Pegawai Kanan Sulaiman Liman.

Turut hadir di majlis itu ialah Setiausaha Politik KKTP dan Naib Ketua Umno Bahagian Tuaran Abdul Kassim Hj Razali, Pegawai Daerah Tuaran AM Ibnu AK Baba, Ketua Polis Tuaran DSP Abdul Fuad Malek, Ketua Biro Agama Hj Murneh Hj Lamsari, Pengerusi Masjid An-Nur Hj Kanaan Hj Abd Razak dan Pegawai Jheains Tuaran Siti Hairyani Hj Yahya.

Imam Daerah Tuaran Imam Sabli Hj Latip, Setiausaha Bahagian Johari Saima, Naib KetuaWanit­aKhatizahD­ahlan dan Penolong Pegawai Daerah Sofian Nair juga hadir.

 ??  ?? Hajiji menampaika­n sumbangan kepada wakil salah sebuah persatuan belia Tuaran, diperhatik­an oleh Ibnu (kanan).
Hajiji menampaika­n sumbangan kepada wakil salah sebuah persatuan belia Tuaran, diperhatik­an oleh Ibnu (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia