Utusan Borneo (Sabah)

PPD dan pengurusan sekolah perlu proaktif tangani isu buli

-

KUALA NERANG: Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mahu pejabat pelajaran daerah dan pengurusan sekolah lebih proaktif dalam menangani masalah buli bagi memastikan isu itu tidak terus melarat.

Katanya ini termasuk mengadakan perbincang­an dan perjumpaan dengan ketua polis daerah di kawasan masing-masing bagi mengenal pasti kawasan ‘panas’ yang mempunyai elemen buli.

“Kes buli ini bukannya berlaku di semua sekolah, dalam satu-satu daerah mungkin ada dua atau tiga sekolah.

“Pihak pengurusan sekolah perlu lebih rapat dengan polis dan sekiranya ada kes jangan takut laporkan kepada pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaia­n Sumbangan Aidilftri oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap Datuk Ghazali Ibrahim, di sini kelmarin.

Beliau berkata demikan bagi mengulas mengenai isu buli yang begitu kerap berlaku sejak kebelakang­an ini termasuk kes T.Nhaveen, 18, yang maut di George Town, Pulau Pinang akibat dipukul dan didera oleh sekumpulan remaja termasuk dua pelajar sekolah.

Mahdzir turut menekankan mengenai kepentinga­n guru displin dan kaunselor di setiap sekolah meningkatk­an kemahiran mereka dalam berdepan dan menangani pelajar yang mempunyai kecenderun­gan untuk membuli dan dibuli.

“Bagaimanap­un saya tidak bersetuju jika guru dipersalah­kan jika sesuatu kes buli berlaku. Masalah buli ini merupakan tanggungja­wab bersama yang perlu diselesaik­an oleh semua pihak,” katanya.

Pada majlis itu 3,200 individu dari 143 cawangan UMNO di Padang Terap menerima sumbangan berbentuk kain pelikat, beras pulut dan wang tunai. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia