Utusan Borneo (Sabah)

Dua sahabat dipenjara dan denda

Memberi dan menawarkan rasuah kepada penjawat awam

-

“Daniel tidak terlibat dalam kes berkenan, namun kerana memberikan wang tertuduh turut diseret dalam masalah. Kita perlu berhati-hati memilih kawan dan sebagai pengajaran kepada kamu. Ini merupakan pendedahan pendidikan yang penting mengenai tugas-tugas SPRM. ” ABU BAKAR MANAT Hakim Mahkamah Sesyen

KOTA KINABALU: Dua lelaki dikenakan penjara dan denda, oleh Mahkamah Sesyen di sini kelmarin atas kesalahan menawarkan dan memberikan rasuah kepada seorang penjawat awam.

Hakim Abu Bakar Manat menjatuhka­n hukuman itu terhadap dua sahabat Han Jee Siew, 36, dan Daniel Kong Rong Yaw, 21, yang tidak diwakili peguam selepas mengaku bersalah.

Pertama, Han menawarkan wang sebanyak RM4,000 kepada seorang Inspektor, agar tidak mengambil tindakan terhadapny­a atas kesalahan menggunaka­n dadah mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kesalahan itu dilakukan pada 13 hingga 14 Jun tahun ini jam 11 malam hingga jam 12.05 pagi, di sebuah bilik hotel, Jalan Tun Mustafa, Wilayah Persekutua­n Labuan.

Kedua, pada 14 Jun tahun ini jam 12.20 pagi hingga jam 1.10 pagi, di lobi hotel berkenaan, Han memberikan wang sebanyak RM1,500 kepada Inspektor berkenaan, bagi tujuan yang sama.

Dua pertuduhan itu, tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang dibaca bersama Seksyen 24 akta sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara maksimum 20 tahun dan tidak kurang lima kali ganda nilai suapan, atau mengikut mana-mana nilai yang lebih tinggi.

Bagi pertuduhan pertama, Han dikenakan penjara sehari dandendase­banyakRM20,000 atau sebulan penjara, manakala kedua penjara tujuh hari dan denda RM10,000 atau sebulan penjara.

Sementara itu, Daniel dikenakan penjara lima hari dan denda RM10,000 atau penjara sebulan, kerana bersubahat dengan Han memberikan wang sebanyak RM1,500 kepada penjawat awam terbabit.

Kesalahan itu dilakukan pada 14 Jun tahun ini antara jam 12.20 pagi hingga jam 1.10 pagi, di tempat yang sama.

Atas kesalahan itu, tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 28 (1) (c) Akta SPRM 2009 yang dibaca bersama Seksyen 17 (b) akta sama, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara sehingga tempoh 20 tahun dan tidak kurang lima kali ganda nilai suapan, atau denda RM10,000 mengikut manamana nilai yang lebih tinggi.

Semasa rayuan, Han yang bekerja sendiri memohon hukumannya diringanka­n kerana perlu menanggung neneknya.

Manakala, Daniel seorang penganggur juga meminta hukumannya diringanka­n dan menyatakan, hanya membantu rakan (Han) dengan memberikan wang simpananny­a.

Timbalan Pendakwara­ya Rozanna Abdul Hadi dari Jabatan SPRM menegaskan, hukuman berat harus dikenakan terhadap keduadua tertuduh dengan mengambil kira kekerapan kes dan keseriusan kesalahan yang dilakukan.

Menurutnya, Han menawarkan dan memberikan wang kepada anggota polis yang sedang menjalanka­n tugas pada ketika itu.

“Daniel pula bersubahat memberikan wang kepada penjawat awam yang mana menggalakk­an lagi pemberian rasuah,” katanya.

Dalam pada itu, Abu Bakar menyatakan Daniel tidak terlibat dalam kes berkenan, namun kerana memberikan wang tertuduh turut diseret dalam masalah.

“Kita perlu berhati-hati memilih kawan dan sebagai pengajaran kepada kamu. Ini merupakan pendedahan pendidikan yang penting mengenai tugas-tugas SPRM,” katanya.

 ??  ?? HAN (gambar kanan) dan Daniel (gambar kiri) diiringi anggota SPRM keluar dari kamar mahkamah.
HAN (gambar kanan) dan Daniel (gambar kiri) diiringi anggota SPRM keluar dari kamar mahkamah.
 ??  ??
 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia