Utusan Borneo (Sabah)

Perbezaan agama bukan penghalang hulur bantuan

-

KINABATANG­AN: Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Felix Joseph Saang menyampaik­an sumbangan berupa keperluan dapur kepada ahli Persatuan Ibu Tunggal Kinabatang­an sempena majlis berbuka puasa.

Beliau juga menyampaik­an sumbangan kepada kanakkanak kelainan upaya (OKU) berupa barang makanan.

Berucap di majlis itu, Felix berkata walaupun berlainan agama, ia bukan menjadi satu perbezaan atau penghalang bagi mana-mana pihak yang ingin membantu masyarakat yang memerlukan.

Beliau mengingatk­an masyarakat di sini bahawa sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, mereka harus menolak fahaman negatif yang boleh menyebabka­n timbulnya perbalahan kaum dan agama.

“Kita hendaklah mengekalka­n keharmonia­n dan perpaduan yang sememangny­a sudah sekian lama terjalin demi keamanan dan kemajuan rakyat di dalam negara ini,” katanya.

Beliauberh­arapsumban­gan yang diberikan itu dapat merapatkan lagi hubungan sebagai rakyat Malaysia yang menganut pelbagai agama.

Beliau juga meminta semua masyarakat di negara ini dan Sabah khasnya supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang dakyah daripada pihak tertentu yang menidakkan peranan pihak kerajaan dalam menjaga kebajikan dan kepentinga­n rakyat.

Felix juga menjelaska­n tentang peranan dan juga peluang yang terdapat dalam kementeria­n yang boleh diceburi oleh masyarakat luar bandar.

Beliau turut menggesa agar penduduk luar bandar menyokong dan menyahut seruan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau yang mahu ‘merakyatka­n Sains, Teknologi dan Inovasi (STI)’ supaya semua penduduk dapat memahami dan merasai perkembang­an dunia STI masa kini.

Turut hadir ialah Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Kinabatang­an Hajah Jaliha Hj Mating, Naib Ketua Bahagian Upko Kinabatang­an Kassim Ingkarut, Ketua Wanita Faridah Saidin dan para pemimpin masyarakat.

Felix yang juga pengerusi Biro Komunikasi dan Multimedia Upko Pusat turut mengucapka­n terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi menjemput beliau.

Beliau mengucapka­n tahniah kepada Jaliha yang telah dipilih sebagai timbalan pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Negeri Sabah, baru-baru ini. Beliau turut memuji sikap kepimpinan Kassim dan Faridah di atas komitmen yang tinggi untuk memajukan masyarakat di kawasan itu.

 ??  ?? SUMBANGAN: Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Arifin Arif menyampaik­an sumbangan kepada 113 Ketua Cawangan Umno dan 16 pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di kawasan Membakut, di Kampung Pimping, kelmarin. Sempena...
SUMBANGAN: Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Arifin Arif menyampaik­an sumbangan kepada 113 Ketua Cawangan Umno dan 16 pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di kawasan Membakut, di Kampung Pimping, kelmarin. Sempena...
 ??  ?? FELIX (tengah) bersama ahli Persatuan Ibu Tunggal Kinabatang­an dan kanak-kanak kelainan upaya.
FELIX (tengah) bersama ahli Persatuan Ibu Tunggal Kinabatang­an dan kanak-kanak kelainan upaya.
 ?? - Gambar oleh KENNEDDY CORLLEUS ??
- Gambar oleh KENNEDDY CORLLEUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia