Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki mengaku tidak bersalah curi bateri lori

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret di sini kelmarin, menetapkan pada 10 Julai depan sebagai tarikh pengurusan kes terhadap seorang lelaki yang didakwa mencuri bateri lori.

Majistret Jessica Ombou Kakayun membuat keputusan itu terhadap Sapruddin Sjujuti, 37, selepas kertas pertuduhan dibacakan dan mengaku tidak bersalah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan kesalahan itu pada 10 Jun tahun ini jam 11.45 malam, di tepi jalan Kampung Baru Luyang, Penampang.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara sehingga tempoh tujuh tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Tertuduh yang diwakili peguam Luke Russa Balang dibenarkan ikat jamin sebanyak RM1,500 yang dicagarkan dua penjamin tempatan, sementara menunggu kes selesai.

Dalam pada itu, seorang lelaki warga asing dikenakan denda RM5,000 atau penjara 18 bulan atas kesalahan memiliki dadah seberat 3.90 gram.

Mohd Aznil Yasir, 27, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah melakukan kesalahan itu pada 19 Januari tahun ini di Inanam, di sini.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tempoh lima tahun atau dengan kedua-duanya sekali.

Mahkamah juga memerintah­kan tertuduh yang diwakili peguam P.J Perira dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia