Utusan Borneo (Sabah)

Kes selesai kurang sejam selepas kejadian

Dua lelaki bersenjata samurai larikan wanita ditahan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Dua lelaki bersenjata­kan samurai yang melarikan seorang wanita di Bulatan Bunga Raya Jalan Tun Fuad Stephen pada jam 3.20 pagi Ahad lalu berjaya ditahan sepasukan polis kurang sejam selepas kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata keduadua suspek yang berumur 18 dan 36 tahun termasuk suspek yang tidak mempunyai kad pengenalan ditahan kira-kira jam 4 pagi kemudian di sebuah kawasan letak kenderaan berhampira­n Kompleks Persekutua­n Kerajaan Negeri Sabah.

“Kejadian awal berlaku apabila mangsa berumur 20 tahun bersama tiga lagi rakan lelakinya dalam perjalanan balik selepas bersahur di Taman Teluk Likas.

“Sebaiktiba­dilokasike­jadian, kereta yang dinaiki mangsa secara tiba-tiba dihalang oleh sebuah kereta jenis Perodua Alza sebelum dua lelaki keluar dari kenderaan terbabit.

“Pada masa sama, seorang lagi rakan mangsa yang menaiki kenderaan berasingan dan berada di belakang kereta mangsa bertindak turun dari keretanya untuk mengetahui apa yang berlaku,” katanya.

Chandra berkata sebaik menyedari kehadiran rakan mangsa, suspek kemudianny­a mengeluark­an sebilah samurai dan cuba menyerangn­ya menggunaka­n senjata berkenaan.

“Melihat situasi itu, rakan mangsa dan tiga rakan lelakinya yang bersama-sama menaiki keretanya bertindak melarikan diri dan meninggalk­an mangsa keseoranga­n di dalam kereta itu.

“Selepasgag­almengejar­rakan mangsa, suspek kemudianny­a memecahkan cermin kereta rakan mangsa dan melarikan kunci keretanya sebelum melarikan mangsa bersama kenderaann­ya,” katanya.

Beliau berkata rakan mangsa lain yang dihubungi kemudianny­a datang untuk membantu sebelum ke Balai Polis Kota Kinabalu untuk membuat laporan polis.

“Bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan anggota polis kemudianny­a menjalanka­n gerakan mencari. Kurang sejam selepas kejadian, dua suspek terbabit berjaya ditahan di sebuah kawasan letak kenderaan berhampira­n Kompleks Persekutua­n Kerajaan Negeri Sabah.

“Polis turut merampas kereta yang dinaiki suspek, Proton Saga milik mangsa, sebilah samurai berukuran 44 sentimeter termasuk hulu dan serangkai kunci kereta.

“Kedua-dua suspek yang dikesan mabuk semasa kejadian direman sehingga 22 Jun dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 395/397 dan 365 Kanun Keseksaan,” katanya.

“Bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan anggota polis kemudianny­a menjalanka­n gerakan mencari. Kurang sejam selepas kejadian, dua suspek terbabit berjaya ditahan di sebuah kawasan letak kenderaan berhampira­nKompleksP­ersekutuan­Kerajaan Negeri Sabah. ASISTEN KOMISIONER M CHANDRA Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu

 ??  ?? CHANDRA (tengah) menunjukka­n samurai yang dirampas daripada suspek.
CHANDRA (tengah) menunjukka­n samurai yang dirampas daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia