Utusan Borneo (Sabah)

90 peniaga kena tindakan

Gagal letak tanda harga pada barangan jualan

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Bahagian Penguatkua­saKementer­ian Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Cawangan Keningau mengambil tindakan terhadap 90 peniaga yang tidak meletak tanda harga pada barang jualan mereka sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

Ketua KPDNKK Cawangan Keningau, Gunasegara­n A/L Krishnan berkata jumlah rampasan dari tindakan itu bernilai RM105,000 dan kutipan kompaun melebihi RM40,000.

“Pada hari ini, kita mengambil tindakan terhadap empat peniaga kerana gagal meletak harga pada barangan dijual,” katanya selepas menjalanka­n operasi bersepadu penguatkua­saan Skim Kawalan Harga 19 jenis barang pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri di lebih 10 premis perniagaan di sini kelmarin.

Beliau berkata operasi bersepadu yang dijalankan melibatkan pelbagai agensi terdiri Jabatan Penerangan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (Jheains), Jabatan Kesihatan, Pejabat Daerah, Majlis Daerah dan pegawai-pegawai KPDNKK.

Menurut beliau operasi itu untuk menguatkua­sakan Skim Kawalan Harga musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bermula pada 17 hingga 30 Jun ini.

“Pada hari ini, lebih 10 premis kita periksa melibatkan pasaraya, pemborong dan juga rumah penyembeli­han ayam. Daripada apa yang kita dapati harga pada musim ini semuanya mematuhi Skim Kawalan Harga bagi 19 jenis barangan, manakala ada beberapa barangan dijual di bawah harga siling.

“Sebagai contoh, ayam standard harga siling ialah RM9.60 tapi dijual pada harga RM8.20 hingga RM8.50. Begitu juga dengan ubi kentang yang mengikut harga kawalan adalah RM3.50 tetapi ada antara pasaraya yang menjual pada harga RM1.99 sekilo.

“Ini menampakka­n bahawa barangan harga kawalan ini boleh dikawal bukan sahaja pada musim perayaan tetapi juga selepas musim perayaan sebab kos peniaga ini tidak jauh beza,” katanya.

Gunasegara­n berkata KPDNKK juga telah mengambil tindakan terhadap empat peniaga kerana gagal meletakkan tanda harga pada barangan yang dijual.

Beliau berharap peniaga di kawasan Pedalaman Atas (Keningau, Tenom, Tambunan, Nabawan termasuk tiga daerah kecil Sook, Kemabong dan Pagalungan) sentiasa mematuhi harga yang telah ditetapkan.

“Kepada pengguna pula, jadilah pengguna yang bijak. Jangan terus beli barang sebaliknya buat perbanding­an harga di mana murah kita beli.

“Kalau terdapat premis yang menjual harga berlebihan, jangan beli. Kita pulaukan sebab sebagai pengguna kita mempunyai pilihan,” katanya.

Gunasegara­n berkata jika gunakan kuasa sebagai pengguna dengan memboikot premis yang sentiasa mengambil kesempatan, peniaga akan terpaksa akur kepada kehendak pengguna.

Turut serta dalam operasi itu Pegawai Jabatan Penerangan Daerah Hendry Nurdin, Pegawai Tadbir Jheains Affendy Kasimin dan Penolong Pegawai Pembanguna­n Daerah Yamin Karinong.

“Jumlah rampasan dari tindakan itu bernilai RM105,000 dan kutipan kompaun melebihi RM40,000. ” GUNASEGARA­N A/L KRISHNAN Ketua KPDNKK Cawangan Keningau

 ??  ?? GUNASEGARA­N bersama pegawai Jheains memerhatik­an sijil halal di salah sebuah pasaraya.
GUNASEGARA­N bersama pegawai Jheains memerhatik­an sijil halal di salah sebuah pasaraya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia