Utusan Borneo (Sabah)

Sumbangan kuih penghargaa­n untuk badan beruniform

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Sebanyak 200 pek kuih raya disumbangk­an sebagai tanda penghargaa­n kepada badan beruniform di negeri ini.

Sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri itu mengeratka­n lagi hubungan kerjasama yang terjalin antara pasukan keselamata­n dan kementeria­n.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata kuih raya yang disumbangk­an itu adalah hasil buatan pelajar GiatMara.

“Selama ini, kita banyak menjalin kerjasama dengan pelbagai badan beruniform di negeri ini.

“Pemberian kuih raya ini juga sebagai tanda sokongan kita terhadap segala usaha dan bantuan yang diberikan kepada kementeria­n,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengagihka­n sumbangan kuih raya kepada organisasi media di sini kelmarin.

Jainab berkata sumbangan berkenaan diagihkan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Jabatan Penyelamat dan Bomba Malaysia (JBPM).

Selain itu, pihaknya turut bekerjasam­a dengan beberapa organisasi pada bulan Ramadan untuk menjayakan program melibatkan komuniti.

“Antara yang terlibat termasukla­h Pusat Zakat Sabah (PZS), GiatMara dan Masjid Bandaraya.

“Dengan adanya kerjasama ini, kita dapat melaksanak­an lebih banyak program bersama masyarakat terutamany­a pada bulan Ramadan ini,” jelasnya.

 ??  ?? JAINAB (tengah) turut menyampaik­an sumbangan kuih raya kepada wakil beberapa organisasi media.
JAINAB (tengah) turut menyampaik­an sumbangan kuih raya kepada wakil beberapa organisasi media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia