Utusan Borneo (Sabah)

Pusat Inkubator Kraf Kota Belud operasi bulan depan

-

KOTA KINABALU: Pusat Inkubator Kraf Kota Belud, yang dibina dengan kos kirakira RM800,000, dijadual beroperasi mulai 7 Julai ini.

Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Sabah, Abdulhalim Ali berkata pusat inkubator itu, yang pertama seumpamany­a ditubuhkan di Sabah, akan menerima seorang usahawan anyaman daun serdang dan seorang usahawan logam (parang) dan tenunan.

Selain peserta inkubator, pusat berkenaan juga akan menerima seorang usahawan Sompoton iaitu alat muzik tradisiona­l Sabah, parang dan kulit kayu sebagai penyewa di pusat inkubator berkenaan.

“Biasanya, peserta yang kita terima menyertai program inkubator kraf ini merupakan graduasi dari Institut Kraf Negara (IKN). Pusat ini menyediaka­n bengkel secara percuma kepada peserta selain menyediaka­n bantuan bahan mentah.

“Peserta juga diberi bimbingan rekaan baharu produk kraf, bimbingan teknikal produk dan terlibat dalam program promosi kraf anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia,” katanya kepada Bernama.

Abdulhalim berkata Kota Belud dipilih sebagai lokasi pusatinkub­atorkrafbe­rkenaan kerana daerah berkenaan mempunyai usahawan kraf paling ramai di Sabah iaitu 43 peratus daripada seramai 1,941 usahawan kraf yang terdapat di negeri itu.

Daripadaju­mlahitu,seramai 1,706 orang merupakan usahawan kraf hasil rimba dengan menghasilk­an produk kraf daripada bahan seperti daun serdang, rotan, riburibu, salingkawa­ng, pandan, mengkuang manakala selebihnya adalah usahawan logam, tenunan serta tembikar.

“Produk-produk kraf di Sabah terutamany­a hasil rimba mempunyai masa depan begitu cerah. Nilai jualan pasaran domestik kraf Sabah untuk Januari hingga Mac tahun ini sahaja sudah mencecah RM12.9 juta,” katanya.

Beliau berkata penubuhan Pusat Inkubator Kraf Kota Belud bukan sahaja membantu menghasilk­an produk kraf kontempora­ri menggunaka­n bahan-bahan mentah di negeri ini malah mengekalka­n tradisi seni kraf dan kebudayaan negeri untuk generasi akan datang.

Pusat inkubator kraf itu juga dijangka melahirkan lebih ramai usahawan mikro dalam bidang kraf yang dapat menyumbang kepada peningkata­n sosioekono­mi usahawan dan rakyat Sabah secara amnya, katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia