Utusan Borneo (Sabah)

Sandakan catat penurunan kes kemalangan maut

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Sandakan mencatatka­n penurunan sebanyak empat kes kemalangan maut iaitu 11 kes bagi tempoh Januari hingga Jun 2017 berbanding 15 kes dalam tempoh sama pada 2016.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata bagi kes parah pula, dalam tempoh sama, penurunan sebanyak dua kes (17 kes pada 2016 dan 15 kes pada 2017), cedera ringan menurun lima kes (9 kes pada 2016 dan 4 kes pada 2017) dan kerosakan dengan penurunan 46 kes (957 kes pada 2016 dan 911 kes pada 2017).

Keseluruha­nnya, Azhar berkata sebanyak 57 kes berjaya dikurangka­n dalam tempoh itu.

“Kita ingin memastikan kemalangan jalan raya dapat dikurangka­n atau dielakkan. Juga jenayah pecah rumah, curi dan kes jenayah yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarka­n Op Selamat Ke-11/2017 sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan bersama Lions Club of Selingan dan agensi kerajaan di hadapan Stesen Shell Batu 8, Jalan Labuk, di sini, pada Selasa.

Op Selamat berkenaan bermula 19 Jun hingga 2 Julai.

Dalam pada itu, Azhar menyeru msyarakat dan pengguna jalan raya yang mahu pulang ke kampung untuk beraya, membuat pemeriksaa­n kenderaan dan memastikan ia dalam keadaan selamat dan memandu dengan berhemah.

“Bagi mereka yang meninggalk­an rumah dalam jangka masa lama, pastikan mereka membuat persiapan untuk mengunci rumah dengan baik, memastikan rumah berkunci rapi, maklumkan kepada jiran yang tidak balik bercuti supaya mereka dapat memantau rumah mereka,” katanya.

Orang ramai juga disaran memaklumka­n kepada pihak polis, di mana pihak polis akan memantau, melawat rumah atau kawasan rumah dengan berpanduka­n maklumat borang disediakan pihak polis yang lengkap diisi pemilik.

Hadir sama, Presiden Charter Lions Club Sandakan Selingan Datuk Peter Pang dan Pengerusi Centinnial Zone 19 kelab itu Chan Boon Thian serta wakil agensi yang terlibat.

 ??  ?? AZHAR melancarka­n Op Selamat Ke-11 peringkat IPD Sandakan kelmarin.
AZHAR melancarka­n Op Selamat Ke-11 peringkat IPD Sandakan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia