Utusan Borneo (Sabah)

Banyakkan amalan di bulan Ramadan

Ramadan bulan kurniaan terbesar Allah kepada umat Islam

-

PAPAR: Bulan Ramadan adalah kurniaan yang amat besar daripada Allah SWT kepada orang-orang Islam.

“Sabda Nabi Muhmmad SAW yang bermaksud ‘Jika umatku mengetahui dengan sebenar-benarnya akan keutamaan Ramadan, maka mereka berharap seluruh tahun itu agar menjadi bulan Ramadhan’.

Ketua Umno Bahagian Papar Datuk Seri Haji Abdul Rahim Ismail berkata, puasa pula adalah salah satu bentuk ibadah yang sangat berharga di sisi Allah dan setiap amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan akan menerima ganjaran besar yang telah ditetapkan oleh Allah sesuai dengan firmanNya, ‘Ganjaran bagi puasa, maka Aku sendiri yang akan memberinya, kerana puasa itu adalah untuk-Ku sendiri’.

Justeru itu Rahim menyeru kepada semua umat Islam untuk memperbany­akan amalan di bulan Ramadan yang penuh berkat sekaligus mengimarah­kan masjid dan surau dengan programpro­gram keagamaan demi manfaat kepada seluruh masyarakat.

“Kita patut bersyukur kerana diberi peluang untuk bersama-sama merasai nikmat kehidupan yang aman dan tenteram dalam sebuah negara yang mempunyai kepelbagai­an agama, bangsa dan suku kaum yang dipimpin oleh pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mensejahte­rakan rakyat keseluruha­nnya, ”katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis Ihya Ramadan penyampaia­n sumbangan kepada anak-anak yatim, ibu tunggal dan asnaf yang berjumlah seramai 135 penerima bagi Mukim Benoni kelmarin bersama Timbalan Menteri Kerjaraya Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.175 Papar Datuk Hjh Rosnah Hj.Abul Rashid Shirlin di Masjid Jamek AsSalam Kg.Benoni.

Adalah diharapkan melalui program seumpama ini dapat memberi kesedaran kepada seluruh umat Islam dalam usaha memperbany­akkan amalan bersedekah sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, kata Rahim .

Menurut beliau sumbangan ini juga membuktika­n kerajaan amat perihatin terhadap keperluan golongan yang kurang bernasib baik terutama di bulan Ramadan al-Mubarak seterusnya bagi menghadapi sambutan Hari Raya Aidilfitri yang tidak lama lagi kunjung tiba.

Rahim juga berkesempa­tan berbuka puasa bersama masyarakat setempat di Masjid al-Muttaqeen Kg.Kelanahan Papar bersama Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia Datuk Hajjah Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin yang mana kedua-dua mereka telah menyampaik­an sumbangan wang tunai dan bakul makanan kepada 130 golongan asnaf terdiri dari anak yatim, ibu tunggal dan warga emas bagi Mukim Kelanahan. Papar.

“Kita patut bersyukur kerana diberi peluang untuk bersama-sama merasai nikmat kehidupan yang aman dan tenteram dalam sebuah negara yang mempunyai kepelbagai­an agama, bangsa dan suku kaum yang dipimpin oleh pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mensejahte­rakan rakyat keseluruha­nnya, ” DATUK SERI HAJI ABDUL RAHIM ISMAIL Ketua Umno Bahagian Papar

 ??  ?? RAHIM dan Rosnah juga berkesempa­tan merakamkan gambar bersama penerima sumbangan.
RAHIM dan Rosnah juga berkesempa­tan merakamkan gambar bersama penerima sumbangan.
 ??  ?? ROSNAH menyampaik­an sumbangan kepada anak yatim mukim Benoni.
ROSNAH menyampaik­an sumbangan kepada anak yatim mukim Benoni.
 ??  ?? RAHIM menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang ibu tunggal di Masjid Al-Muttaqeen Kg.Kelanahan.
RAHIM menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang ibu tunggal di Masjid Al-Muttaqeen Kg.Kelanahan.
 ??  ?? SALAH seorang warga emas mukim Kelanahan sedang menerima sumbangan dari Rosnah.
SALAH seorang warga emas mukim Kelanahan sedang menerima sumbangan dari Rosnah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia