Utusan Borneo (Sabah)

‘Return To Work’ bantu pulih semangat selepas hilang kaki

-

KUANTAN: Program ‘Return To Work’ Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) ibarat ‘penyelamat’ kepada Nor Nasharuddi­n Mohd Nor yang kehilangan kaki kanannya akibat kemalangan, April tahun lepas.

Nor Nasharuddi­n, 41, mengakui pada awal kemalangan, beliau agak gusar tentang masa depannya selepas dirempuh sebuah kenderaan yang terbabas semasa beliau mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Indera Mahkota di sini.

Bagaimanap­un, pembantu jurutera Radicare itu berkata semangatny­a kembali pulih selepas sebulan menjalani program pemulihan di Pusat Rehabilita­si Perkeso di Ayer Keroh, Melaka.

“Pelbagai latihan dan kemudahan diberikan untuk membantu saya menyesuaik­an diri dengan keadaan fizikal yang baharu. Walaupun tidak 100 peratus kembali seperti asal, saya bersyukur kerana semua latihan itu membolehka­n saya kekal bekerja untuk menyara keluarga.

“Syukur juga apabila majikan sudi untuk terus menggaji saya dengan menukar saya ke bahagian pentadbira­n dan mengekalka­n gaji asal. Malah mereka juga bermurah hati memindahka­n tempat kerja saya dari Pekan ke sini supaya lebih mudah untuk saya,” katanya.

Nor Nasharuddi­n berkata demikian kepada Bernama semasa ditemui pada Majlis Penyampaik­an Cek Faedah dan Alatan Pemulihan Perkeso Pahang di Wisma Perkeso di sini, yang disempurna­kan Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas Pahang Datuk Norol Azali Sulaiman.

Pada majils yang turut dihadiri Pengarah Perkeso Pahang Abu Hurairah Ahmad, Perkeso turut menyampaik­an tuntutan faedah kepada 10 penerima melibatkan jumlah RM213,748.95.

Sehubungan itu, Nor Nasharuddi­n menggalakk­an mereka yang mengalami nasib sepertinya untuk tidak berputus asa, sebaliknya berjuang dengan menggunaka­n segala kemudahan yang disediakan termasuk di Perkeso untuk kembali bangkit meneruskan kehidupan.

Sementara itu, bagi Hawiaya Baharuddin, 31, beliau tidak menyangka tuntutanny­a yang dibuat selepas suaminya Mohamad Khairul Niza Othman, 36, meninggal dunia pada 11 Jun lepas akibat sakit jantung, diterima pada hari sama permohonan dibuat.

Hawiaya yang mengemukak­an permohonan itu semalam (19 Jun) menerima bayaran faedah pengurusan mayat berjumlah RM2,000 dan pencen penakat bulanan berjumlah RM1,170.

“Saya ke Perkeso pada pukul 11.30 pagi dan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah di Bukit Sagu... masa di dalam bas lagi sudah terima panggilan daripada pihak Perkeso maklumkan saya boleh datang untuk ambil wang pada sebelah petang,” katanya.

Hawiaya yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah sekolah di sini menambah wang itu akan digunakan untuk membuat persiapan hari raya kepada tiga orang anaknya yang berusia 12, tujuh dan tiga tahun. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia