Utusan Borneo (Sabah)

Berjimat cermat di bulan Ramadan

Berbelanja mengikut kemampuan: Masidi

-

KUNDASANG: Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Hj Masidi Manjun menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Zakat kepada 50 fakir miskin di Mukim Kundasang yang diadakan di Masjid Kundasang, Ahad lalu.

Berucap di majlis itu, Masidi yang juga Ketua Umno Bahagian Ranau menyeru kepada semua jemaah agar sentiasa berjimat cermat ketika bulan puasa dan juga ketika menyambut perayaan Hari Raya.

“Janganlah kita terlalu boros berbelanja ketika bulan puasa dan juga ketika menyediaka­n persiapan Hari Raya nanti. Berbelanja­lah mengikut kemampuan kerana perayaan ini kita tetap raikan setiap tahun,” katanya.

Katanya pembaziran berlaku ketika sekiranya mereka tidak merancang dalam perbelanja­an terutamany­a di musim perayaan, sehingga banyak barang makanan yang tidak habis dimakan dibuang begitu sahaja.

“Di kala kita meraikan perayaan ini dengan longgokan makanan, terdapat insan di luar sana yang kurang mampu dan merayakan perayaan ini dalam keadaan yang amat daif.

“Saya ingin mencadangk­an agar kita banyakkan amal ibadah di bulan yang mulia ini dengan memberikan sedikit bantuan kepada mereka yang amat memerlukan,” katanya.

Masidi bersama tetamu kemudian menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid berkenaan.

Turut hadir ialah Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Adun Kundasang Datuk Dr Joachim Gunsalam.

“Di kala kita meraikan perayaan ini dengan longgokan makanan, terdapat insan di luar sana yang kurang mampu dan merayakan perayaan ini dalam keadaan yang amat daif. DATUK SERI PANGLIMA HJ MASIDI MANJUN Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar

 ??  ?? MASIDI menyampaik­an bantuan dan zakat kepada fakir miskin di Mukim Kundasang.
MASIDI menyampaik­an bantuan dan zakat kepada fakir miskin di Mukim Kundasang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia