Utusan Borneo (Sabah)

Pengguna jalan raya dinasihat amal sikap bertanggun­gjawab

-

PUTRAJAYA: Pengguna jalan raya dinasihatk­an supaya mengamal sikap yang baik dan bertanggun­gjawab ketika memandu atau menunggang kenderaan bagi membantu usaha kerajaan menurunkan kadar kemalangan yang tinggi ketika musim perayaan.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata sikap yang baik dan betul ketika berada di jalan raya termasukla­h mematuhi undang-undang serta tidak melakukan perkara yang boleh mengganggu tumpuan mereka atau pengguna jalan raya yang lain.

“Selain mematuhi undangunda­ng, pemandu dan penunggang perlu merancang dengan baik perjalanan pulang ke kampung dan juga kembali ke rumah selepas berhari raya.

Mereka tidak sepatutnya meneruskan perjalanan jika rasa letih atau mengantuk,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Lee, yang juga Pengerusi Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS), berkata pengguna jalan raya juga tidak boleh melakukan perkara yang boleh mengganggu tumpuan termasuk menggunaka­n telefon pintar untuk membaca atau menghantar mesej.

“Ramai pengguna jalan raya masih tidak sedar perbuatan merekaberm­aindengant­elefon bimbit ketika dalam perjalanan boleh mengakibat­kan kemalangan,”katanya.

Beliau berkata rakyat Malaysia perlu berazam untuk sama-sama menurunkan kadar kemalangan jalan raya dan tidak menjadi sebahagian statistik kemalangan sepanjang Op Selamat di musim perayaan ini.

“Mustahil untuk kita mencapai sifar kemalangan jalan raya namun kita boleh menurunkan jumlah kemalangan setiap tahun jika tahap kesedaran dan komitmen pengguna jalan raya dapat ditingkatk­an,”katanya.

Lee berkata Op Selamat 11, yang berlangsun­g selama 15 hari bermula 18 Jun hingga 2 Julai, perlu menjadi pendorong kepada orang ramai untuk mempraktik­kan sikap yang betul dan selamat di atas jalan raya.

“Operasi dan penguatkua­saan undangunda­ng dilaksanak­an bukan untuk menyusahka­n pengguna jalan raya tetapi perlu dilihat secara positif sebagai usaha untuk mendidik dan menimbulka­n kesedaran mengenai keselamata­n jalan raya dalam kalangan masyarakat,” katanya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia