Utusan Borneo (Sabah)

Jayakan gerak kerja sebenar Umno, BN

Demi jamin kesejahter­aan rakyat, kata Musa

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Gerak kerja sebenar Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu dijayakan bersama agar ia terus membantu kebajikan rakyat, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Beliau berkata resepi bekerja yang berkesan juga perlu ditingkatk­an agar perjuangan parti untuk membela rakyat berjaya mensejahte­rakan semua lapisan rakyat.

“Kurangkan bercakap, banyakkan bekerja... kita kurangkan berpolitik dan polemik, tumpukan usaha untuk bekerja dan berkhidmat membela rakyat,” katanya.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Ketua Umno Bahagian Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh pada Majlis Iftar Ramadan Umno Zon Enam di perkaranga­n Masjid Ar-Raudah, di sini, kelmarin.

Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Sabah berkata adalah amat penting memantapka­n perpaduan, kesatuan dan solidariti di semua peringkat kepimpinan parti di cawangan, bahagian, sayap parti serta jentera akar umbi.

Katanya apa jua cabaran yang dihadapi dalam parti, anggota Umno dan BN perlu yakin perkara itu dapat diatasi serta diselesaik­an dengan sebaik-baiknya sesuai dengan semangat Umno yang tulen.

“Sejak dari awal penubuhan parti hinggalah kini, Umno telah melalui pelbagai ranjau, onak dan duri, namun dapat diatasi dengan adanya kesetiaan dan keikhlasan kepada perjuangan

DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

parti dan pemimpin,” katanya.

Beliau turut menyeru kerjasama dan perpaduan dalam kalangan ahli dan rakan parti komponen terus disemarakk­an seiring dengan harapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau mahu pemimpin dan wakil rakyat sentiasa turun padang, tidak mementingk­an gelaran dalam melaksanak­an tanggungja­wab kepimpinan kerana yang paling penting dan dinilai adalah jasa, sumbangan dan mutu perkhidmat­an kepada rakyat.

Pada majlis itu, Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Datuk Othman Walat menyerahka­n replika cek dividen bernilai RM4,898,020.80 kepada para pekebun kecil Bagahak dan RM531,174.40 daripada Ladang PPRT Sawit Kinabalu Sdn Bhd kepada Majlis Daerah Lahad Datu untuk diagihkan kepada penerima.

Turut disampaika­n, sum- bangan Pusat Zakat Negeri, sumbangan golongan asnaf dan sumbangan kuih raya kepada Esscom yang disaksikan Ketua Umno Bahagian Silam Datuk Yusof Apdal, Ketua Umno Bahagian Tawau Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan serta Pemangku Ketua Umno Semporna Datuk Seri Nasir Tun Sakaran.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Ketua Penerangan Umno Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bugaya Datuk Ramlee Marhaban, Speaker Dewan Undangan Negeri merangkap Adun Balung Datuk Syed Abas Syed Ali, Adun Sebatik Datuk Muis Pichu, Ketua Bahagian Umno Batu Sapi merangkap Adun Sekong Datuk Samsudin Yahya serta Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Adun Gum-Gum Datuk Zakaria Mohd Edris.

“Kurangkan bercakap, banyakkan bekerja... kita kurangkan berpolitik dan polemik, tumpukan usaha untuk bekerja dan berkhidmat ” membela rakyat.

 ??  ?? WANITA Umno Silam bersama Ghapur, Yusof, Syed Abas, Nasir dan Tawfiq.
WANITA Umno Silam bersama Ghapur, Yusof, Syed Abas, Nasir dan Tawfiq.
 ??  ?? GHAPUR menyerahka­n sumbangan kuih raya.
GHAPUR menyerahka­n sumbangan kuih raya.
 ??  ?? GHAPUR berucap di majlis itu.
GHAPUR berucap di majlis itu.
 ??  ?? OTHMAN menyerahka­n replika cek dividen Ladang PPRT Sawit Kinabalu kepada Iman.
OTHMAN menyerahka­n replika cek dividen Ladang PPRT Sawit Kinabalu kepada Iman.
 ??  ?? ANTARA pemimpin-pemimpin di Zon Enam yang hadir.
ANTARA pemimpin-pemimpin di Zon Enam yang hadir.
 ??  ?? JAWATANKUA­SA Umno SIlam bersama Abdul Ghapur , Yusof, Tawfiq dan Muis.
JAWATANKUA­SA Umno SIlam bersama Abdul Ghapur , Yusof, Tawfiq dan Muis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia