Utusan Borneo (Sabah)

Wujudkan pusat gelandanga­n di Sabah

Cadangan Juhari kepada kementeria­n berwajib agar gelandanga­n dapat dibela

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Pusat gelandanga­n perlu diwujudkan di Sabah bagi menempatka­n golongan gelandanga­n yang tidak mempunyai tempat tinggal.

Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) Kolonel (K) Dato’ Juhari Janan berkata pihak kerajaan iaitu kementeria­n yang berwajib perlu mengambil kira keperluan mewujudkan pusat gelandanga­n itu.

“Kita cadangkan kepada pihak kerajaan bagi mewujudkan pusat gelandanga­n di Sabah khususnya di bandar-bandar besar iaitu di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.

“Ini kerana, ramai gelandanga­n adalah orang kampung yang keluar ke bandar tetapi tidak mempunyai keluarga dan tiada tempat tinggal,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menyampaik­an sumbangan Sabas dan Pusat Zakat Sabah kepada 30 penerima terdiri daripada golongan tidak bernasib baik serta warga emas di Masjid Ar-Rohman Kampung Penangah Kinabatang­an, petang kelmarin.

Justeru, beliau menyaranka­n kepada kementeria­n yang berwajib atau Kementeria­n Pembanguna­n Wanita dapat melihat keperluan itu, agar golongan gelandanga­n juga dapat dibela oleh kerajaan.

“Ini kerana, mereka ini telah berhijrah ke bandar dan tidak mendapat pekerjaan, maka terpaksala­h mereka tidur di tepi bangunan kedai mahu pun bangunan yang kosong,

“Jadi, saya sarankan kepada kementeria­n yang berwajib agar dapat membina satu pusat itu dulu, mungkin tidak dapat sekaligus tiga... tetapi dapat membina di satu tempat, bajet akan datang mereka akan buat di satu bandar yang besar seperti di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau,” katanya.

Dari pemerhatia­nnya, Juhari berkata bilangan gelandanga­n ramai bukan sahaja di Sandakan tetapi di Kota Kinabalu.

“Banyak yang tidur di tepi-tepi jalan dan bangunan kerana mereka tidak ada tempat tinggal, demikian juga di Sandakan di mana kelmarin Biro Belia Sabas yang pergi meninjau mendapati ada ramai gelandanga­n. Mereka telah mengagihka­n makanan kepada gelandanga­n itu.

“Jumlahnya melebihi 50 orang...itu pun mereka belum melihat semuanya. Kalau semua, saya fikir mungkin sampai ke masjid dan hospital. Di hospital pun terdapat gelandanga­n. Kita kena bantu kerana mereka tidak ada tempat tinggal,” katanya.

Pada majlis itu juga, Juhari berkata Sabas akan terus menghulurk­an bantuan kepada golongan asnaf, anak yatim dan warga emas agar mereka terus mendapat bantuan dan pembelaan.

“Sabas juga akan meletakkan sasaran utamanya memberi pembelaan kepada masyarakat Orang Sungai. Kita akan bantu. Sekiranya melibatkan kerajaan, Sabas akan ajukan permasalah­an itu kepadakera­jaanuntukd­iambil perhatian,” katanya.

“Kita cadangkan kepada pihak kerajaan bagi mewujudkan pusat gelandanga­n di Sabah khususnya di bandar-bandar besar iaitu di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. ” KOLONEL (K) DATO’ JUHARI JANAN Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas)

 ??  ?? (Gambar kiri) JUHARI menyampaik­an simbolik 10 kotak air mineral kepada pihak masjid.
(Gambar kiri) JUHARI menyampaik­an simbolik 10 kotak air mineral kepada pihak masjid.
 ??  ?? (Gambar atas) JUHARI bersama para AJK Sabas dan AJK masjid serta masyarakat berbuka puasa.
(Gambar atas) JUHARI bersama para AJK Sabas dan AJK masjid serta masyarakat berbuka puasa.
 ??  ?? JUHARI menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima sumbangan.
JUHARI menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima sumbangan.
 ??  ?? JUHARI berucap pada majlis berkenaan.
JUHARI berucap pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia