Utusan Borneo (Sabah)

Hadapi cabaran dunia perniagaan

Upko mahu lahirkan usahawan KDM berjaya, berdaya saing dan dinamik

- Oleh SALMAN ABADI

RANAU: Transforma­si Nasional 2050 (TN50) memerlukan generasi belia yang mempunyai idea dan aspirasi pemikiran yang lebih terbuka dan ke hadapan.

Arus globalisas­i memberi impak besar kepada daya pemikiran dan tindakan individu khususnya dan masyarakat amnya kerana semakin maju sesebuah negara itu, maka desakan untuk membina kerjaya yang lebih cemerlang, mantap dan berdaya saing amat diperlukan.

Ketua Pemuda Upko Nasional Arthur Sen memuji usaha mereka berani menceburka­n diri dalam dunia perniagaan yang serba mencabar.

Beliau berkata demikian dalam satu sesi perkongsia­n idea dan motivasi untuk usahawan Preview Tone Plus Kaizen Do It Group yang diasaskan oleh Deffany Yubidi, Hallsen Justin dan Juannis Gampoyo, di Pejabat Tone Plus di Pekan Ranau, Ahad lalu.

“Tahniah kepada Hallsen dan Deffany serta rakanrakan yang komited dan gigih menceburka­n diri dalam bidang usahawan,” katanya yang juga Naib Ketua Pemuda Barisan Nasional.

Menurutnya dalam kepimpinan Upko, antara perkara yang dikehendak­i ialah melahirkan usahawan berjaya dan berdaya saing dalam kalangan masyarakat suku Kaum Kadazandus­un Murut (KDM) yang bijak dan dinamik.

“Kita perlu memajukan serta memperbaik­i diri, keluarga dan masyarakat secara keseluruha­n.

“Lazimnya persepsi pemikiran masyarakat umum berkenaan dengan Falsafah Pendidikan Negara masih tidak berubah, misalnya pemikiran masyarakat bahawa anak mesti belajar tinggi-tinggi kemudian dapat kerja yang bagus dan gaji yang berbaloi,” katanya.

Namun demikian, Arthur berkata sudah tiba masanya falsafah pendidikan itu berubah iaitu belajar tinggiting­gi bukan lagi sekadar keluar dari pengajian dan menjadi pekerja sematamata, tetapi menjadi majikan yang boleh menawarkan peluang pekerjaan kepada orang lain.

Bagaimanap­un, jelasnya, senario pada abad ini ramai tenaga kerja tetapi peluang pekerjaan tidak seimbang dan dalam masa yang sama faktor kemahiran dan pengalaman kerja sebilangan mereka (tenaga kerja) kurang menepati kehendak pasaran kerja itu maka berlaku penganggur­an.

Justeru, alternatif terbaik untuk mengimbang­i suasana desakan peluang pekerjaan itu adalah dengan mempersiap­kan diri sebagai usahawan. “Mahu cemerlang sebagai

‘bussinessm­an’ perlu sentiasa rajin menambah ilmu, belajar dari mereka yang sudah berjaya dan sentiasa memotivasi­kan diri menjadi lebih positif dan semangat juang luar biasa serta membudayak­an gerak kerja yang realistik,” katanya.

“Kita perlu memajukan serta memperbaik­i diri, keluarga dan masyarakat secara keseluruha­n. ” ARTHUR SEN Ketua Pemuda Upko Nasional

 ??  ?? HALLSEN (dua dari kanan) menyerahka­n cendera kenangan kepada Arthur.
HALLSEN (dua dari kanan) menyerahka­n cendera kenangan kepada Arthur.
 ??  ?? ARTHUR (kiri) menunjukka­n tanda ‘bagus’ sebagai tanda sokongan kepada Hallsen sebagai usahawan muda di Ranau.
ARTHUR (kiri) menunjukka­n tanda ‘bagus’ sebagai tanda sokongan kepada Hallsen sebagai usahawan muda di Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia