Utusan Borneo (Sabah)

Sedco Prihatin ceriakan anak yatim Rumah Amal Kasih

-

KOTA KINABALU: Program Sedco Prihatin memberi keceriaan kepada 25 anak yatim dari Rumah Amal Kasih, Kingfisher apabila mendapat kelengkapa­n serta pakaian baharu untuk Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Timbalan Pengurus Besar Kumpulan Sedco Azrul Ahmad berkata program itu merupakan anjuran Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sabah (Sedco) dan baharu sahaja diperkenal­kan dalam usaha membantu masyarakat, menunjukka­n keprihatin­an, hubungan serta komitmen yang berkaitan dengan pembanguna­n masyarakat.

“Program ini memang kita adakan setiap tahun dan pada tahun ini bersempena 45 tahun Sedco, kami juga adakan aktiviti tanggungja­wab sosial korporat (CSR) seperti lawatan ke Rumah Warga Tua Sri Pritchard Kinarut dan berbuka puasa bersama 130 anak yatim.

“Selepas ini, akan ada beberapa lagi program CSR yang telah di rancang untuk dilaksanak­an,” katanya.

Selain Sedco, tambahnya, beberapa anak syarikat turut serta dalam memeriahka­n program itu termasukla­h Timplas (Sabah) Sdn Bhd, Hyatt Regency Kinabalu dan Perkasa Reality Sdn Bhd.

Selain pakaian baharu, anak-anak yatim bertambah gembira apabila turut menerima sumbangan duit raya daripada Sedco.

Sementara itu, Pengarah Jakel Sabah Mohd Amran Mohd Nor berterima kasih kepada pihak Sedco kerana memberi peluang kepada Jakel bersama-sama memberi sumbangan kepada kepada anak-anak yatim.

“Tahun ini, kami berikan baju melayu, samping dan butang baju melayu percuma dan diharap sumbangan ini membuatkan sambutan Hari Raya anak-anak ini lebih meriah,” katanya.

Menurutnya program amal sebegitu saban tahun diadakan dan 2017 merupakan tahun yang ketujuh mereka menyumbang­kepadagolo­ngan yang memerlukan.

“Seronok melihat telatah anak-anak yatim daripada Rumah Amal Kasih memilih sepersalin­an pakaian untuk menyambut Hari Raya tajaan Jakel Silkhouse, di sini,” katanya.

 ??  ?? ANAK-anak yatim bergambar bersama pihak penaja.
ANAK-anak yatim bergambar bersama pihak penaja.
 ??  ?? AMRAN (kiri) mengalu-alukan kedatangan anak-anak yatim ke kedainya.
AMRAN (kiri) mengalu-alukan kedatangan anak-anak yatim ke kedainya.
 ??  ?? PEKERJA Jakel membantu Adam mendapatka­n saiz yang sesuai untuknya.
PEKERJA Jakel membantu Adam mendapatka­n saiz yang sesuai untuknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia