Utusan Borneo (Sabah)

Labuan FM dan APMM agih bubur lambuk

-

SEBANYAK 3,000 bungkus bubur lambuk habis diedarkan kepada warga Labuan anjuran Jabatan Penyiaran Labuan dengan kerjasama Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Labuan.

Pengarah Penyiaran Labuan Rohani Harithuddi­n berkata program kali kelima diadakan itu mencapai objektifny­a untuk mengeratka­n hubungan silaturrah­im terutamany­a kepada pendengar Labuanfm.

Menerusi program itu, dapat memberi peluang kepada penduduk setempat beramah mesra dengan warga kerja Labuanfm.

Rata-rata yang datang setelah mendengar hebahan yang disiarkan di Radio Labuanfm.

Penyediaan bubur lambuk bermula jam 8 pagi dan ia mula diagihkan kepada orang ramai pada jam 2.30 petang walaupun dalam keadaan mendung dan hujan renyai-renyai.

Sebanyak enam periuk digunakan untuk memasak dan beliau mengucapka­n terima kasih kepada anggota APMM kerana memberi sumbangan tenaga untuk memasak bubur lambuk.

Pada program itu juga, Pengarah APMM Labuan Kapten Che Adnan Md Isa turut menyampaik­an bubur lambuk kepada warga Labuan.

Che Adnan berkata ia merupakan kali pertama APMM Labuan bekerjasam­a dengan Labuanfm untuk memasak bubur lambuk.

Beliau turut merasa kemeriahan dan sambutan cukup menggalakk­an.

“Aktviti ini perlu diteruskan pada masa akan datang dengan lebih ramai penglibata­n agensi yang lain menerusi Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) sebagai menyahut seruan kerajaan.

 ??  ?? ROHANI mengagihka­n bubur lambuk kepada pendengar Labuanfm di pekarangan Jabatan Penyiaran Labuan, baru-baru ini.
ROHANI mengagihka­n bubur lambuk kepada pendengar Labuanfm di pekarangan Jabatan Penyiaran Labuan, baru-baru ini.
 ??  ?? SEBAHAGIAN kakitangan Labuanfm yang turut mengagihka­n bubur lambuk.
SEBAHAGIAN kakitangan Labuanfm yang turut mengagihka­n bubur lambuk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia