Utusan Borneo (Sabah)

Ayah Beyonce umum kelahiran bayi kembar anaknya di Twitter

-

DIVA pop Beyonce dan suaminya yang juga hartawan rap Jay Z telah menyambut kelahiran bayi kembar, tweet bapa penyanyi Amerika Syarikat (AS) itu pada Ahad lepas, dipercayai bagi mengesahka­n ketibaan anggota baharu ke dalam sebuah keluarga muzik yang turut dianggotai Blue Ivy, lima tahun.

Berita bahawa penyanyi itu sudah melahirkan, telah dilaporkan Sabtu lepas oleh wadah hiburan termasuk majalah People dan US Weekly, meledakkan media sosial, dengan kumpulan peminat dipanggil ‘Bey hive’ sibuk meramalkan jantina dan nama yang belum didedahkan bagi anggota terbaharu keluarga Carter itu.

“Mereka di sini! #beyonce #kembar #jayz #selamathar­ijadi,” tulis Mathew Knowles dalam Twitter, tetapi tiada komen sedemikian dibuat oleh Beyonce atau Jay Z.

US Weekly memetik pelbagai sumber tidak dinamakan sebagai berkata kembar tersebut dilahirkan awal minggu ini. Wadah berita hiburan E!, yang turut memetik sumber tidak dinamakan, berkata pasangan itu telah dilihat di sebuah hospital kawasan Los Angeles pada Khamis lepas.

Spekulasi meningkat apabila seorang wanita tidak dikenali digambar Jumaat lepas membawa sejambak besar bunga-bunga unggu, biru dan merah jambut - lengkap dengan kad yang dipercayai menyebut ‘B+ J’ - selain belon kembar warna merah jambu dan biru dalam bentuk kaki yang tertera ‘Baby Girl’ dan ‘Baby Boy’.

Seorang wakil bagi Beyonce tidak segera membalas permintaan untuk membuat kenyataan.

Beyonce memberitah­u pada Februari lalu dia bakal melahirkan bayi, dan mendominas­i internet dengan menyiarkan gambar dirinya berlutut di sebelah susunan bunga saiz manusia, tangannya memeluk perutnya yang bulat.

“Kami ingin berkongsi kasih sayang dan kegembiraa­n kami. Kami telah diberkati dua kali ganda,” tulis penyanyi berusia 35 tahun itu.

- Permainan teka-teki Spekulasi

bahawa tarikh lahir kembarnya sudah tiba semakin menjadi-jadi pada awal minggu ini apabila Jay Z, 47 tahun, tidak hadir di acara Songwriter­s Hall of Fame.

Penyanyi rap itu, yang membesar sebagai Shawn Carter, menggunaka­n Twitter untuk mengucapka­n terima kasih kepada artis-artis yang telah mempengaru­hinya selain selain bekas presiden AS Barack Obama.

Obama memuji hartawan hip-hop itu - yang berkempen dengan aktif bersama Beyonce bagi presiden Afrika Amerika pertama - sebagai orang yang mempunyai fikiran dan perasaan yang sama di acara berkenaan dalam satu penampilan mengejut menerusi video.

“Jay dan saya juga merupakan orang yang begitu menyayangi anakanak perempuan kami, tetapi dia akan menewaskan saya selepas kembar itu muncul nanti,” kata bekas presiden dan bapa dua orang anak itu sambil bergurau.

Segelintir peminat yang sibuk mendapatka­n maklumat mengenai kembar itu menganggap gurauan Obama sebagai pembayang bahawa bayi-bayi tersebut mungkin perempuan.

Namun tiada maklumat konkrit mengenai jantina atau nama bayi kembar itu yang telah didedahkan.

Beyonce dan Jay Z merupakan antara tokoh paling berjaya dari segi komersil dalam bidang muzik, dengan nilai bersih gabungan dianggarka­n setinggi AS$1 bilion (RM4.5 bilion).

- Kak long Blue Ivy Sebagai

ibu yang bakal melahirkan, Beyonce meraikan wanita ‘New Age’ di Anugerah Grammy pada awal tahun ini - dengan menyampaik­an persembaha­n besarbesar­an yang abstrak dan pada waktu yang sama mempamerka­n perutnya yang besar dan ditutupi gaun emas yang labuh.

Bagaimanap­un dia menarik diri dari persembaha­nnya sebagai penghibur utama di festival muzik Coachella pada April lalu di selatan California atas nasihat doktor.

Beyonce masih membuat beberapa penampilan permaidani merah ketika mengandung kembar berkenaan dan mendokumen­kan kehamilann­ya menerusi media sosial.

Pengumuman mengejut mengenai kehamilann­ya menarik minat kerana ia dibuat lebih sembilan bulan selepas album terakhirny­a ‘Lemonade’ - di mana dia memberi bayangan yang kuat bahawa Jay Z curang. Satu lirik memberi amaran kepada seorang lelaki curang

tentang “amaran terakhir” bahawa dia “akan kehilangan isterimu” jika tingkah lakunya tidak berubah.

Jay Z yang murung muncul di hujung filem itu dan memeluknya, membayangk­an perdamaian. Dan pada ulang tahun

perkahwina­n kesembilan pasangan tersebut pada April lalu, Beyonce mengeluark­an satu video yang dikemaskin­i bagi baladanya yang romatik ‘Die With You’.

Ia memaparkan rakaman di rumah bagi saatsaat manis di antara pasangan itu selain klip dari zaman bayi dan kelahiran Blue Ivy, yang berakhir dengan satu adegan di mana kakak sulung baharu dalam keluarga itu mencium perut ibunya. — AFP

 ??  ?? LEMONADE: Beyonce mengeluark­an‘Lemonade’, sebuah album yang berjalin dengan sebuah filem di mana satu lirik memberi amaran kepada seorang lelaki yang curang bahawa dia akan kehilangan isterinya jika tidak berubah. Jay Z yang kelihatan muram muncul pada...
LEMONADE: Beyonce mengeluark­an‘Lemonade’, sebuah album yang berjalin dengan sebuah filem di mana satu lirik memberi amaran kepada seorang lelaki yang curang bahawa dia akan kehilangan isterinya jika tidak berubah. Jay Z yang kelihatan muram muncul pada...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia