Utusan Borneo (Sabah)

Karts 2017 diadakan di Tenghilan

Pesta Kaamatan Pertisa diganti dengan program lebih menarik

- Oleh ALFRED PETRUS

SAMBUTAN Pesta Kaamatan Persatuan Artis Tempatan Sabah (Pertisa) akan digantikan dengan Festival Seni Pertisa (Karts) 2017.

Presiden Pertisa LP Raphiel Pinus berkata sambutan Pesta Kaamatan Pertisa tahunan yang dirancang akan diadakan awal bulan depan terpaksa digantikan dengan acara lain disebabkan masa yang kurang sesuai.

“Kebiasaann­ya, Kaamatan Pertisa diadakan pada pertengaha­n Jun setiap tahun, tetapi kerana kebanyakan anggota persatuan sibuk dengan sambutan Kaamatan di tempat lain serta bulan Ramadan, maka kami memutuskan untuk membatalka­nnya dan menggantin­ya dengan program yang lebih besar, dengan penglibata­n semua pihak.

“Dalam pada itu, pertanding­an Unduk Ngadau yang dirancang sebelum ini tidak akan diadakan tetapi pertanding­an nyanyian tetap dijalankan dan nama pertanding­an itu juga akan diubah dari Sugandoi ke Voice of Pertisa (VoP).

“Karts 2017 akan diadakan di Dewan Komuniti Tenghilan Tuaran pada 29 hingga 30 Julai,” katanya selepas kunjungan hormat Pertisa ke atas Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Tamparuli Datuk Jahid Jahim di rumah kediaman pemimpin berkenaan Ahad lalu.

Raphiel berkata VoP akan dibahagika­n kepada dua kategori iaitu terbuka dan kanak-kanak.

“Pertanding­an nyanyian ini memberi peluang kepada semua yang berminat dalam bidang nyanyian untuk menunjukka­n bakat.

“Para peserta juga diberikan kebebasan untuk menyanyika­n lagu dalam bahasa Melayu atau Kadazandus­un.

“VoP terbuka kepada semua kecuali mereka yang telah memenangi sebarang pertanding­an nyanyian di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabang­sa yang dianjurkan oleh mana-mana pihak, organisasi atau parti politik,” jelasnya.

Pertisa juga mengalualu­kan NGO, institusi pendidikan, persatuan seni dan kebudayaan serta agensi kerajaan untuk membuka gerai pameran bagi mempromosi­kan perkhidmat­an masingmasi­ng.

“Selain itu, pelbagai sukan tradisiona­l akan diadakan sepanjang karnival,” katanya.

Sementara itu, Jahid mengalu-alukan Karts 2017 yang akan diadakan buat julung kalinya di Tenghilan.

“Saya harap ia akan menarik ramai pelawat kerana Tenghilan terletak di laluan utama Kudat-Kota Marudu-Kota Belud-Kota Kinabalu.

“Oleh itu, saya harap semua pemimpin di kawasan Tamparuli, terutamany­a di Tenghilan akan menyebarka­n berita berkenaan program ini kepada komuniti masingmasi­ng,” katanya.

Sebagai tanda sokongan, Jahid turut menyumbang­kan RM10,000 kepada Pertisa bagi membantu mereka melaksanak­an Karts 2017.

Hadir sama, Timbalan Presiden Pertisa Guadik Ansiw, Naib Presiden (Aktiviti) James Juanis, Naib Presiden (Pentadbira­n) Joanes Robert Johnny, Naib Presiden (Keahlian) James Sami, Naib Presiden (Kewangan) Emjey Yassin, Setiausaha Clarice Sipanul dan Bendahari Jovita Johnny.

 ??  ?? JAHID (empat kiri) menerima buku cenderamat­a dan kertas kerja Karts 2017 daripada Raphiel (empat kanan).
JAHID (empat kiri) menerima buku cenderamat­a dan kertas kerja Karts 2017 daripada Raphiel (empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia