Utusan Borneo (Sabah)

Kurangkan kenderaan berat di jalan raya

Lori, treler perlu mengelak guna jalan raya bagi lancarkan pergerakan orang ramai pulang ke kampung

-

MIRI: Kenderaan berat terutamalo­ridantrele­rperlu mengelak menggunaka­n jalan raya bagi melancarka­n pergerakan orang ramai pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus berkata kenderaan berat perlu memberi ruang kepada pemandu kenderaan lain untuk menggunaka­n jalan raya.

“Saya mohon kepada Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) agar mengurangk­an jumlah kenderaan berat di jalan raya utama Sarawak bagi melicinkan pergerakan trafik,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa baru-baru ini.

Menurutnya, jumlah kenderaan berat bergerak berdekatan turut menyukarka­n pemandu lain memotong dan menyebabka­n kesesakan panjang di jalan raya.

“Kita berharap pada musim perayaan ini jumlah kenderaanb­eratdikura­ngkan, faktor kemalangan turut disebabkan kegagalan memotong kenderaan berat yang bergerak berdekatan,” jelasnya.

Sehubungan itu, adalah lebih baik jika operasi semua kenderaan berat dihentikan sementara pada musim perayaan bagi melancarka­n pergerakan orang awam pulang ke kampung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu itu turut menasihati pemandu lori agar tidak meletakkan kenderaan berat di bahu-bahu jalan yang boleh mengancam keselamata­n pengguna jalan raya.

“Jalan pesisir pantai contohnya mempunyai bahu jalan yang kecil, tindakan parkirdiba­hujalanseb­enarnya boleh menyebabka­n risiko kemalangan terutama di selekoh-selekoh tajam,” katanya.

Majlis berbuka puasa anjuran Pusat Khidmat ADUN Bekenu itu melibatkan semua agensi kerajaan serta rakan-rakan media tempatan.

Rosey berkata, majlis itu antara usaha mengeratka­n perpaduan kalangan rakyat khasnya masyarakat bukan Islam dengan umat Islam.

“Masyarakat bukan Islam memahami erti berbuka puasa danmerekaj­ugamenghor­mati umat Islam menunggu masa untuk berbuka,” katanya.

Beliau berkata rakyat Sarawak perlu bersyukur kerana hidup dalam suasana toleransi dan muhibah, saling menghormat­i kepercayaa­n dan agama masing-masing.

ROSEY YUNUS Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak “Saya mohon kepada Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) agar mengurangk­an jumlah kenderaan berat di jalan raya utama Sarawak bagi melicinkan ” pergerakan trafik.

 ??  ?? ROSEY (duduk, empat kanan) bersama rakyat pelbagai kaum pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Pusat Khidmat ADUN Bekenu baru-baru ini.
ROSEY (duduk, empat kanan) bersama rakyat pelbagai kaum pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Pusat Khidmat ADUN Bekenu baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia