Utusan Borneo (Sabah)

Bekalan kelapa parut masih mencukupi

-

SIBU: Bekalan kelapa parut masih mencukupi masa kini yang merupakan antara 21 barangan terkawal diwartakan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Hari Raya Puasa 2017.

KetuaCawan­ganKemente­rian Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Sibu Kasim Mana berkata terdapat kebimbanga­n pengguna mengenai kekurangan bekalan itu dua minggu lalu.

“Tetapi, setakat ini kami belum menerima sebarang aduan dan bekalan (kelapa parut dalam keadaan normal dan pada masa sama KPDNKK terus memantau perkembang­an semasa.

“Peniaga diberi amaran supaya tidak menjual lebih daripada RM5 sekilo seperti diwartakan sepanjang penguatkua­saan skim tersebut,” katanya selepas melakukan tinjuaan SKHMP Hari Raya 2017 di Pasar Sentral Sibu di sini.

Tinjuan itu turut disertai Timbalan Ketua Cawangan KPDNKK Sibu Ganda Jirap.

Terdapat 21 barangan diwartakan di bawah skim 14 hari itu bermula 17 hingga 20 Jun ini.

Kasim berkata, terdapat beberapabe­kalanlaind­iwartakan mencukupi untuk kegunaan penduduk tempatan.

Beliau turut memberi amaran mana-mana peniaga menaikkan harga barang diwartakan dalam SKHMP sesuka hati akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011.

Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda sehingga RM100,000 atau hukuman penjara tiga tahun atau keduaduany­a atau dikompaun sehingga RM50,000.

Bagi syarikat dan lain-lain boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

Di samping itu, peniaga juga diwajibkan meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan diwartakan.

Kegagalan berbuat demikian, individu boleh didenda sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000 manakala syarikat boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia