Utusan Borneo (Sabah)

Polis terus gempur sarang kegiatan judi

Polis Sarawak jalankan 20 serbuan dalam tempoh 12 hingga 18 Jun lalu, 50 individu ditahan

-

KUCHING: Polis Sarawak terus menggempur sarang kegiatan judi yang menjalanka­n aktiviti haram itu di negeri ini sepanjang minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenyaha (JSJ) Sarawak SAC Datuk Dev Kumar dalam kenyataann­ya berkata polis telah menjalanka­n 20 serbuan membantera­s judi haram dalam tempoh 12 hingga 18 Jun lalu yang membawakep­adapenahan­an 50 individu.

Jelasnya, sebanyak 17 serbuan daripada jumlah tersebut adalah terhadap aktiviti loteri (4D) haram.

“Dalam operasi tersebut, seramai 21 individu ditahan dan polis merampas wang tunai berjumlah RM10,185 selain beberapa telefon bimbit, slip pertaruhan, kalkulator dan pencetak,” katanya.

Selain judi 4D, polis turut menahan enam individu kerana terlibat dalam kegiatan judi siber di Limbang yang membawa kepada rampasan terhadap satu unit mesin judi dan wang RM1,167.

Menurutnya serbuan juga dijalankan di gelanggang sabung ayam di Miri dan Kuching yang berjaya menahan 23 individu serta merampas tiga ekor ayam.

Beliau menambah, daripada jumlah 50 orang yang ditahan itu berusia antara 16 hingga 63 tahun melibatkan 38 lelaki dan 12 perempuan.

Kesemua yang ditahan disiasat atas kesalahan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Ordinan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan 1962.

Dev berkata operasi memerangi kegiatan judi di Sarawak akan diteruskan dari semasa ke semasa.

“Dalam operasi tersebut, seramai 21 individu ditahan dan polis merampas wang tunai berjumlah RM10,185 selain beberapa telefon bimbit, slip pertaruhan, kalkulator ” dan pencetak. SAC DATUK DEV KUMAR Ketua JSJ Sarawak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia