Utusan Borneo (Sabah)

Skuad Sesak pantau, kawal kenderaan daripada diparkir secara sembaranga­n

-

KUCHING: Polis akan menempatka­n anggota Skuad Sesak di jalan raya termasuk pusat beli-belah di bandar raya ini untuk memantau serta mengawal kenderaan daripada diparkirka­n secara sembaranga­n sehingga menyebabka­n kesesakan.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata ini kerana bandar raya ini akan sesak dengan kenderaan disebabkan orang ramai membeli barang terutama untuk persiapan Hari Raya Aidilfitri ini.

“Hari Raya semakin hampir dan jalan raya akan mula sesak kerana orang ramai membelibel­ah.

“Oleh itu, kita akan menggunaka­n pasukan khas iaitu Skuad Sesak untuk membantu polis trafik mengawal serta memastikan kenderaan diletakkan dengan betul dan tidak menghalang laluan kenderaan lain,” katanya ketika ditemu bual pada Majlis Penyerahan Kuih Raya di Pondok Polis Pelancong, Tebingan Kuching di sini, Isnin.

Abang Ahmad berkata anggota skuad berkenaan juga akan meronda di sekitar bandar raya ini untuk mengesan kawasankaw­asan yang mengalami kesesakan.

Pada masa sama, katanya mereka juga boleh mengeluark­an saman ke atas kenderaan yang diparkir sembaranga­n sehingga menghalang lalu lintas.

“Tugas skuad ini adalah memantau supaya tidak ada kesesakan serta mengambil tindakan terpantas sementara menunggu bantuan trafik yang ada untuk mengawal keadaan.

“Tetapi mereka tidak dapat lama di situ, mereka cuma memantau untuk memastikan keadaan terkawal dan selepas itu akan pergi ke tempat lain,” katanya.

Menurut beliau, Skuad Sesak juga boleh dihubungi menerusi talian 082-241133.

Sementara itu, Abang Ahmad turut menasihati orang ramai supaya bertimbang rasa apabila hendak meletakkan kenderaan dengan memastikan ia tidak menghalang laluan kenderaan lain.

“Orang ramai harus memberi kerjasama supaya tidak meletakkan kenderaan sembaranga­n kerana ini juga boleh mengundang kemarahan kepada orang ramai,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia