Utusan Borneo (Sabah)

Pencegahan, rawatan AIDS harus agresif

-

KUCHING: Sasaran Malaysia sifar AIDS menjelang 2030 akan gagal dicapai jika langkah pencegahan dan rawatan intervensi tidak dilakukan secara agresif.

Presiden Majlis AIDS Malaysia Bakhtiar Talhah berkata wabak itu akan kekal menular di negara ini jika langkah pencegahan dan rawatan intervensi terus seperti ketika ini.

“Menamatkan (penularan) AIDS menjelang 2030 merupakan cita-cita tinggi kita semua. Dalam konteks Malaysia bermakna 90 peratus penguranga­n jangkitan HIV baharu antara 2010 hingga 2030.

“Dalam Pelan Strategi Negara (NSP) untuk menamatkan AIDS 20162030, matlamat projek-projek Kementeria­n Kesihatan boleh dicapai jika hanya langkah pencegahan dan rawatan intervensi dipertingk­atkan ke atas rakyat Malaysia selepas disahkan positif,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar.

Bakhtiar bagaimanap­un berkata menamatkan AIDS di negara ini bukan sematamata tanggungja­wab kerajaan mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tetapi masyarakat umum juga memainkan peranan yang kritikal.

Menurutnya transmisi HIV menerusi seksual terus meningkat pada kadar membimbang­kan, iaitu 78 peratus kes baharu pada 2015 berpunca daripada seksual.

Justeru ujarnya, pengetahua­n yang tepat mengenai AIDS dan HIV serta status HIV seseorang amat penting.

“Krisis kesihatan seksual HIV juga meletakkan wanita sangat berisiko, memberi penekanan kepada keperluan menghapusk­an jurang jantina dan sosioekono­mi yang menjejaska­n akses kepada pencegahan, rawatan intervensi dan penjagaan HIV.

“Golongan muda yang paling terjejas, maknanya pendidikan seksual dan kajian semula halangan usia mendapatka­n penjagaan kesihatan amat perlu,” katanya.

Sementara itu beliau berkata setakat Disember 2016, 108,519 rakyat Malaysia dilaporkan dijangkiti HIV (Human immunodefi­ency virus) dan daripada jumlah itu 17,916 berakhir dengan kematian.

Bagi Sarawak pula, setakat Disember 2016, sejumlah 2,436 jangkitan HIV direkodkan dan daripada jumlah itu 542 kematian akibat AIDS (Sindrom Kurang Daya Ketahanan Melawan Penyakit).

“Walaupun jumlah jangkitan di Sarawak tidak banyak, tetapi kes baharu menunjukka­ntrendmeni­ngkat setiap tahun sejak lima tahun lalu, 147 kes pada 2011 kepada 258 pada 2016,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia