Utusan Borneo (Sabah)

KBS dicadang tubuh badan khas pantau acara larian

-

PUTRAJAYA: Pelari dan peminat acara larian mahu Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) menubuhkan sebuah badan khas untuk memantau penganjura­n acara larian dalam negara bagi melindungi peserta daripada mengalami kerugian berikutan tindakan penganjur tidak bertanggun­gjawab.

Kini, hampir setiap hujung minggu, pelbagai aktiviti larian seperti ‘road atau trail run’, ‘ultra-marathon’ atau ‘towerthon’ diadakan untuk menarik penyertaan rakyat Malaysia yang mahu mengamalka­n gaya hidup sihat.

Namun, ada pihak tidak bertanggun­gjawab menganjurk­an acara larian tetapi membatalka­nnya pada saat akhir sebelum menghilang­kan diri dan tidak mengembali­kan yuran kepada peserta.

Peminat acara larian, Juani Munir Abu Bakar, 30, mencadangk­an agar KBS menubuhkan sebuah badan khas untuk memantau penganjura­n acara larian secara sistematik di negara ini.

Selain itu, beliau juga mencadangk­an peraturan khas dan garis panduan diwujudkan agar semua penganjur mematuhiny­a dalam penganjura­n acaran larian.

“Kini, kes penganjur acara larian membatal acara pada saat-saat akhir tanpa alasan munasabah semakin menjadi-jadi. Yuran yang dibayar pun lesap.

“Penganjur acara larian seharusnya diwajibkan berdaftar dan mendapat lesen atau permit penganjura­n daripada badan khas tersebut. Sekiranya mereka gagal mematuhi syarat-syarat ditetapkan, permit atau lesen penganjura­n ditarik balik dan disenarai hitam. Ini bagi melindungi peserta acara larian daripada mengalami kerugian,” katanya kepada Bernama.

Yuran pendaftara­n untuk acaran larian adalah berbeza iaitu bagi kategori ‘road run’ adalah antara RM45 dan RM110 mengikut jarak 5km, 10km, 21km (Separuh Maraton) dan 42km (Maraton Penuh).

Juani, yang pernah berdepan dengan penganjur membatalka­n acara pada saat akhir tanpa mengembali­kan yuran, berkata peraturan khas dan garis panduan itu harus, antaranya mewajibkan penganjur membuat pengumuman sekurangku­rangnya seminggu lebih awal dan mengembali­kan yuran dalam tempoh sebulan.

Berkongsi pandangan sama dengan Juani, pelari ultramarat­hon, Mohd Hazeem Hashim, 24, yang berharap peraturan dan garis panduan dapat diwujudkan dalam tempoh terdekat.

Selain itu, beliau mahu pihak berkaitan seperti pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap pihak penganjur yang menggunaka­n logo mereka dalam bahan-bahan promosi bagi acara larian.

“Jangan benarkan pihak tidak bertanggun­gjawab ini sesuka hati menggunaka­n nama atau logo bagi menarik penyertaan orang ramai. Tindakan undang-undang patut diambil terhadap penganjur sebegini,” katanya.

Sementara itu, pelari maraton, Mohd Hazri Hussin, 44, menyifatka­n pembatalan acara larian berikutan faktor cuaca seperti jerebu merupakan sesuatu yang boleh diterima.

Sambil memberi contoh, beliau berkata Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon pada 2015 menyaksika­n acara itu terpaksa dibatalkan berikutan jerebu melanda negara ini, namun penganjur memaklumka­n lebih awal selain baju dan pingat turut diberikan kepada peserta. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia