Utusan Borneo (Sabah)

Makan Malam MUSC-SRD terus dapat sambutan hangat

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Majlis Makan Malam Tahunan Kelab Penyokong Manchester United - Sabah Red Devil’s (MUSC-SRD) Ke-2 terus mendapat sambutan hangat dari ahli dan para penyokong kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu.

Menurut pihak penganjur, setakat ini kira-kira 800 ahli dan penyokong telah mengesahka­n kehadiran di majlis itu yang akan berlangsun­g di Dewan Hakka, Tanjung Lipat pada 14 Julai hadapan.

“Kira-kira 80 meja telah ditempah. Jumlah ini semakin menghampir­i 1,000 kehadiran yang disasarkan oleh pihak penganjur pada majlis kali ini.

“Majlis kali ini pasti lebih hebat berbanding kali pertama kita menganjurk­annya tahun lalu,” jelas Timbalan Presiden MUSC-SRD merangkap pengerusi penganjur Kenneth Charles Jayaraman ketika dihubungi kelmarin.

“Program itu akan mengumpul para penyokong untuk membina kenalan, persahabat­an dan memupuk perpaduan antara pelbagai bangsa dan agama.

“Kemuncak majlis makan malam ini ialah cabutan bertuah berupa pakej menyaksika­n perlawanan melibatkan kelab bolasepak Manchester United di Old Trafford,” jelas beliau sambil menambah, tahun lalu sebanyak lima cabutan bertuah untuk pakej itu telah dimenangi oleh mereka yang hadir.

Sehubungan dengan itu, mereka yang berminat boleh mendapatka­n keterangan lanjut dengan menghubung­i talian 016-8422249 (Fynn Flyod Wong) atau 0168311062 (Darrel Ho).

 ??  ?? ANTARA Ahli Kelab Penyokong Manchester United - Sabah Red Devil’s (MUSC-SRD) menunjukka­n tiket Majlis Makan Malam Tahunan MUSC-SRD Ke-2 yang akan berlangsun­g di Dewan Hakka, Tanjung Lipat pada 14 Julai hadapan.
ANTARA Ahli Kelab Penyokong Manchester United - Sabah Red Devil’s (MUSC-SRD) menunjukka­n tiket Majlis Makan Malam Tahunan MUSC-SRD Ke-2 yang akan berlangsun­g di Dewan Hakka, Tanjung Lipat pada 14 Julai hadapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia