Utusan Borneo (Sabah)

Cari pelanggan bagi maksud pelacuran, wanita warga asing dipenjara

-

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga asing yang mencari pelanggan bagi maksud pelacuran, dikenakan penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kelmarin.

Majistret Jessica Ombou Kakayun menjatuhka­n hukuman itu terhadap seorang ibu tunggal Chanpen Nakpad, 30, selepas mengaku bersalah.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Thailand, tertuduh melakukan kesalahan itu di sebuah bilik hotel, di sini.

Untuk itu, tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan penjara maksimum setahun atau denda, atau dengan keduaduany­a sekali.

Semasa rayuan, tertuduh menyatakan mempunyai dua anak dan tidak mengetahui aktiviti pelacuran bertentang­an dengan undang-undang di negara ini.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam juga memohon segera dihantar pulang ke negara asal. Mahkamah memerintah­kan tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen setelah tamat tempoh hukuman.

Dalam kes berasingan, seorang juruteknik didakwa atas pertuduhan menggunaka­n kekerasan jenayah mencabul seorang wanita.

Mahkamah menetapkan pada 20 Julai depan sebagai tarikh pengurusan kes terhadap Osman Husin selepas mengaku tidak bersalah.

Tertuduh didakwa mencabul mangsa yang berusia 34 tahun, pada 9 Jun tahun ini jam 10.40 malam, di Universiti Apartment, Jalan Sulaman, di sini.

Atas pertuduhan itu, Osman didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan ....

Sementara menunggu kes berkenaan selesai, mahkamah membenarka­n tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM3,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Tertuduh juga diperintah­kan tidak mendekati mangsa dari jarak 500 meter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia