Utusan Borneo (Sabah)

Sumbangan ikhlas tanda prihatin

PSSTLDM agih 500 bubur lambuk

- Oleh SALMAN ABADI

PASUKAN Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) Sandakan telah mengadakan Program Memasak dan Mengagihka­n Bubur Lambuk di Unit Latihan PSSTLDM Sandakan Taman Samudera (Batu 5), Sandakan, Sabtu lalu.

Pegawai Latih Pasukan PSSTLDM Lt Kdr Mohd Misran Mohd Arfan Salim berkata bubur lambuk itu diagihkan kepada warga TLDM yang bertugas di pangkalan dan kapalkapal yang berlabuh selain golongan asnaf dan masyarakat setempat sempena bulan Ramadan al-Mubarak yang mulia dan penuh keberkatan.

Katanya seramai 30 pegawai dan anggota lainlain pangkat dari PSTL Sandakan terlibat menjayakan program itu yang merupakan acara tahunan PSSTLDM Sandakan.

“Program itu antara lain bertujuan mengeratka­n hubungan ukhwah antara satu sama lain dan memupuk semangat saling bekerjasam­a bersempena bulan puasa yang mulia ini, di samping menerapkan nilai dan amalan bersedekah dalam kalangan anggota,” katanya yang turut bersama-sama menjayakan program itu.

Selain itu katanya, ia juga merupakan salah satu program yang dirancang oleh pihak PSSTLDM Sandakan dalam usaha mendekati golongan masyarakat setempat dan pihak yang memerlukan bantuan serta sumbangan masyarakat prihatin termasukla­h pasukan simpanan tentera laut amnya.

“Ini merupakan program tahunan unit PSSTLDM Sandakan pada setiap kali bulan Ramadan,” katanya.

Mohd Misran berkata sebanyak 500 bungkus bubur lambuk diagihkan sepanjang program itu dan antara penerimany­a ialah warga TLDM, Rumah Warga Tua Sri Harapan Jalan Sibuga, Maahad Tahfiz Nurul Quran Darul ‘Ilmi di Jalan Batu 8, Masjid Al- Muraqabah Jalan BDC, Masjid Taman Mawar di Jalan Ulu Sibuga dan Rumah Selawat Nabi Sejati Ujana di Batu 7 Jalan Lapangan Terbang Sandakan.

Selain mengagihka­n bubur lambuk, wakil rombongan PSSTLDM turut menyerahka­n sumbangan beras dan naskah al-Quran serta surah Yasin kepada wakil Maahad Tahiz Nurul Quran ‘Ilmi, Rumah Selawat Nabi dan juga dua masjid berkenaan.

Beliau berharap program seumpama itu akan terus dapat dilakukan secara berterusan dan bukan hanya pada masa bulan Ramadan sahaja.

Dalam perkembang­an berkaitan, Mohd Misran berkata pihaknya turut mengadakan majlis berbuka puasa dan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba khasnya dalam kalangan anggota PSTL Sandakan.

“Program itu antara lain bertujuan mengeratka­n hubungan ukhwah antara satu sama lain dan memupuk semangat saling bekerjasam­a bersempena bulan puasa yang mulia ini, di samping menerapkan nilai dan amalan bersedekah dalam kalangan anggota. ” LT KDR MOHD MISRAN MOHD ARFAN SALIM Pegawai Latih Pasukan PSSTLDM Sandakan

 ??  ?? ANGGOTA PSSTLDM Sandakan bergotong-royong menyediaka­n bahan-bahan untuk memasak bubur lambuk.
ANGGOTA PSSTLDM Sandakan bergotong-royong menyediaka­n bahan-bahan untuk memasak bubur lambuk.
 ??  ?? PENYERAHAN sumbangan kepada wakil Rumah Selawat Nabi Sejati Ujana Batu 7 Jalan Lapangan Terbang Sandakan.
PENYERAHAN sumbangan kepada wakil Rumah Selawat Nabi Sejati Ujana Batu 7 Jalan Lapangan Terbang Sandakan.
 ??  ?? ANGGOTA PSSTLDM Sandakan bersama dengan para pegawai dan staf PSSTLDM yang terlibat menjayakan program amal sempena Ramadan.
ANGGOTA PSSTLDM Sandakan bersama dengan para pegawai dan staf PSSTLDM yang terlibat menjayakan program amal sempena Ramadan.
 ??  ?? WAKIL PSSTLDM menyerahka­n bubur lambuk kepada anggota di atas kapal TLDM Sandakan.
WAKIL PSSTLDM menyerahka­n bubur lambuk kepada anggota di atas kapal TLDM Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia