Utusan Borneo (Sabah)

Tradisi KDM di perantauan

SAUK anjur Pesta Kaamatan UK

- Oleh ALFRED PETRUS

“Kami mungkin jauh dari Sabah, namun perasaan cinta kami kepada budaya dan tradisi yang dipelajari dari turun temurun tetap tersemai ’’ dalam hati. LEORITA JOSEPH HENRY Ahli SAUK

MESKIPUN berada jauh di perantauan, tradisi turun temurun masyarakat Kadazan Dusun dan Murut (KDM) tetap teguh dalam diri masyarakat Sabah di United Kingdom.

Ia terbukti apabila sekumpulan masyarakat Sabah di United Kingdom telah membentuk Sabahan Abroad UK (SAUK) dan mengadakan Pesta Kaamatan di Chieveley pada 3 Jun lalu.

Ahli SAUK Leorita Joseph Henry berkata, walaupun mereka jauh dari negeri kelahiran, namun budaya yang dipelajari itu tetap dibawa ke mana sahaja.

“Kami mungkin jauh dari Sabah, namun perasaan cinta kami kepada budaya dan tradisi yang dipelajari dari turun temurun tetap tersemai dalam hati.

“Dengan mengumpulk­an beberapa sahabat bagi membentuk Jawatankua­sa Kerja Pesta Kaamatan UK ini, kami berjaya mengadakan acara ini di Chievely Village Hall.

“Kejayaan ini memperliha­tkan kirakira 100 rakyat Malaysia terutamany­a dari Sabah yang tinggal di UK mahupun negara lain datang bersama-sama memeriahka­n Pesta Kaamatan ini,” katanya.

Katanya, matlamat penganjura­n perayaan itu adalah untuk menyokong rakyat Sabah yang lain, menggalakk­an perpaduan dalam kalangan mereka dan memupuk kesedaran budaya terutamany­a generasi muda melalui pelbagai acara yang dijalankan.

Menurutnya SAUK menjalanka­n pelbagai aktiviti sepanjang perayaan itu dijalankan termasukla­h pertanding­an gusti lengan dan kategori kanak-kanak dan dewasa.

“Acara tarian tradisi iaitu Sumazau dan Magunatip turut dipersemba­hkan. Kami juga ada menghidang­kan juadah kegemaran kami seperti hinava, bambangan dan tuhau sambil menyanyika­n lagu-lagu Kaamatan bagi memeriahka­n lagi suasana,” katanya.

Sebagai satu tradisi, mereka turut menghidang­kan minuman tradisiona­l masyarakat KDM iaitu lihing yang ditaja oleh Stephen Chin dari Kota Kinabalu bagi mengalu-alukan kehadiran tetamu.

Leorita berkata sebagai acara kemuncak, mereka juga mengadakan pertanding­an Unduk Ngadau bagi mengekalka­n tradisi sebenar Kaamatan.

Dalam pertanding­an itu, Kelly Joeman yang berasal dari London diumumkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan UK.

Sementara itu, hadirin itu juga dihiburkan oleh seorang kanak-kanak berbakat memainkan alat muzik ukulele iaitu Maya Linawa, 10, yang membawakan lagu, Tomoimo ondom ku

iziau iaitu lagu lama oleh mendiang Lucy Sikuat.

Satu lagi acara kemuncak pada malam berkenaan adalah persembaha­n kebudayaan yang memukau daripada Kumpulan Kulintanga­n UK yang mana menunjukka­n tarian kebudayaan sebenar masyarakat Penampang dan Papar diiringi dengan tarian Magunatip.

Susulan kejayaan penganjura­n pesta itu, Leorita berharap acara berkenaan dapat diteruskan pada masa akan datang pada skala lebih besar, tanpa mengira kaum dan agama.

 ??  ??
 ??  ?? KELLY (tengah) dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan UK.
KELLY (tengah) dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan UK.
 ??  ?? TARIAN tradisi diiringi dengan muzik Kumpulan Kulintanga­n UK.
TARIAN tradisi diiringi dengan muzik Kumpulan Kulintanga­n UK.
 ??  ?? KEPELBAGAI­AN makanan tradisiona­l yang disediakan.
KEPELBAGAI­AN makanan tradisiona­l yang disediakan.
 ??  ?? GAMBAR kenangan sempena Pesta Kaamatan UK.
GAMBAR kenangan sempena Pesta Kaamatan UK.
 ??  ?? PERTANDING­AN gusti lengan kategori wanita.
PERTANDING­AN gusti lengan kategori wanita.
 ??  ?? PERTANDING­AN tarik tali.
PERTANDING­AN tarik tali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia