Utusan Borneo (Sabah)

Bantu rakyat tanpa kira fahaman politik, 1,000 golongan asnaf Kota Belud terima bantuan Yayasan Tabung Haji

1,000 golongan asnaf Kota Belud terima bantuan Yayasan Tabung Haji

-

“Sebanyak RM20.2 juta diperlukan oleh Tabung Haji dalam program jel“ajah ini di 67 parlimen di seluruh negara. DATUK SERI PANGLIMA ABDUL AZEEZ ABDUL RAHIM Pengerusi Tabung Haji

KOTA BELUD: Seramai 1,000 golongan asnaf, fakir miskin, ibu tunggal, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) di Parlimen Kota Belud telah mendapat bantuan RM300 seorang dalam program misi jelajah jom bantu rakyat pada Isnin.

Menurut Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, di bawah program Ziarah Kasih anjuran Yayasan Tabung Haji dengan kerjasama Biro Daftar Pemilih Umno pusat itu, 500 penerima adalah atas sumbangan Yayasan Tabung Haji, manakala 500 penerima lagi daripada sumbangan Perdana Menteri yang kesemuanya berjumlah RM300,000.

“Sebanyak RM20.2 juta diperlukan oleh Tabung Haji dalam program jelajah ini di 67 parlimen di seluruh negara.

“Yayasan Tabung Haji memiliki dana sebanyak RM7 juta, manakala selebihnya datang dari sumbangan Parti Umno.

“Atas misi membantu rakyat yang difikirkan memerlukan bantuan tanpa mengira fahaman politik di bulan Ramadan Al Mubarak yang mulia ini, Jelajah Jom Bantu Rakyat diusahakan dan dijayakan ke seluruh kawasan Parlimen di seluruh negara,” katanya.

Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Bendahari Umno Datuk Seri Panglima Dr Salleh Tun Said, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan merangkap Adun Tempasuk Datuk Musbah Haji Jamli, Setiausaha Umno Bahagian Kota Belud Datuk Bahrol Sawi, Pengarah Tabung Haji Sabah Datin Hajah Nurlaila Said.

 ??  ?? (gambar kiri) ABDUL Azeez menyampaik­an bantuan kepada penerima.
(gambar kiri) ABDUL Azeez menyampaik­an bantuan kepada penerima.
 ??  ?? ABDUL Azeez (tengah), Salleh (kiri) dan Musbah (kanan) sedang menunggu masa berbuka puasa.
ABDUL Azeez (tengah), Salleh (kiri) dan Musbah (kanan) sedang menunggu masa berbuka puasa.
 ??  ?? SALLEH membantu menyerahka­n bantuan kepada penerima.
SALLEH membantu menyerahka­n bantuan kepada penerima.
 ??  ?? MUSBAH membantu menyerahka­n bantuan kepada penerima.
MUSBAH membantu menyerahka­n bantuan kepada penerima.
 ??  ?? SALLEH memberikan ucapan alu-aluan.
SALLEH memberikan ucapan alu-aluan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia