Utusan Borneo (Sabah)

Labuan Society agih lebih 600 bungkus bubur lambuk

-

LABUAN: Seramai 20 ahli Labuan Society dari pelbagai latarbelak­ang kaum dan agama bergotong-royong memasak bubur lambuk menerusi Program GotongRoyo­ng Bubur Lambuk Ramadan pada Ahad lalu untuk diagih-agihkan kepada penduduk setempat.

Aktiviti yang buat pertama kali diadakan itu bertujuan mendekatka­n diri dengan masyarakat Labuan selain untukmenab­urbaktisem­pena bulan Ramadan yang mulia.

Persiapan dilakukan seawal jam 8.30 pagi untuk menyediaka­n bahan yang diperlukan untuk memasak dua kawah bubur lambuk yang diadakan di kediaman Setiausaha Labuan Society Wan Abdul Rahim.

Kira-kira 600 bungkusan bubur lambuk dihasilkan dan diagihkan kepada para pelajar Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL), Kolej Matrikulas­i Labuan dan Kolej Vokasional Labuan.

Turut menerima juadah berkenaan ialah beberapa surau dan masjid di sekitar Labuan.

Timbalan Pengerusi Labuan Society Hazairi Hassan dan Naib Pengerusi 1 Prof Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal turut hadir menjayakan projek itu.

Jura Harun yang mahir dalam memasak bubur lambuk, mengetuai gotongroyo­ng itu.

Ahli Labuan Society semakin bersemanga­t menyediaka­n bubur lambuk itu dengan kehadiran Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Haji Isli.

Menurut Hazairi, kerja kebajikan dan kemanusiaa­n merupakan salah satu aktiviti utama Labuan Society bagi membantu penduduk Labuan yang kurang mampu khususnya dalam menangani kemelut ekonomi yang melanda pulau ini sejak beberapa tahun lalu.

Seminggu sebelum itu, Labuan Society turut mengadakan satu program unik yang dinamakan ‘Free Iftar’ di mana kuih muih, makanan dan bahan mentah diedarkan secara percuma kepada mana-mana individu yang memerlukan­nya.

Sementara itu, Geoffrey yang juga Timbalan Pengarah UMSKAL turut memberi penghargaa­n ke atas usaha murni ahli Labuan Society dan memberi komitmen yang UMSKAL akan turut bekerjasam­a dengan pertubuhan itu dalam program akan datang.

“Mahasiswa dan staf UMSKAL bersedia bekerjasam­a menjayakan program anjuran Labuan Society yang diketuai Azhar Othman pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Labuan Society Azhar Othman merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaa­n kepada ahli badan bukan kerajaan (NGO) yang menyediaka­n bubur lambuk untuk diagihkan kepada warga Labuan.

Katanya Labuan Sociey akan terus mendamping­i penduduk setempat dengan mengadakan pelbagai program yang memberi manfaat dan kesan yang mendalam kepada mereka.

 ??  ?? JURA mengetuai gotong-royong penyediaan bubur lambuk.
JURA mengetuai gotong-royong penyediaan bubur lambuk.
 ??  ?? GEOFFREY (kiri) turut memberikan sokongan kepada usaha Labuan Society menyediaka­n bubur lambuk.
GEOFFREY (kiri) turut memberikan sokongan kepada usaha Labuan Society menyediaka­n bubur lambuk.
 ??  ?? ROZMAN (dua kanan) bersama ahli Labuan Society memasak bubur lambuk di kediaman Setiausaha Labuan Society.
ROZMAN (dua kanan) bersama ahli Labuan Society memasak bubur lambuk di kediaman Setiausaha Labuan Society.
 ??  ?? BUBUR lambuk turut diagihkan kepada orang ramai di Surau Durian Tunjong.
BUBUR lambuk turut diagihkan kepada orang ramai di Surau Durian Tunjong.
 ??  ?? MAHASISWA UMS Labuan turut menerima bubur lambuk daripada Labuan Society.
MAHASISWA UMS Labuan turut menerima bubur lambuk daripada Labuan Society.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia