Utusan Borneo (Sabah)

Pertingkat amal ibadat warga sekolah

150 jayakan Program Ihya Ramadan SK Pantai

-

SERAMAI 150 murid, ibu bapa dan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pantai telah menjayakan Program Ihya Ramadan anjuran Panitia Pendidikan Islam di Dewan Datuk Isli pada Sabtu lalu.

Majlis yang dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG Rahmat Dasiman itu turut dihadiri oleh penceramah jemputan Jabatan Agama Islam Ustaz Jafaar Rulla, Guru Besar SK Pantai Mahani Hussin, Penolong Kanan Pentadbira­n Faridah Amit, Penolong Kanan HEM Azlina Abdul Garip dan Penolong Kanan Pendidikan Khas Halifah Salim.

Mahani berkata objektif program adalah untuk menghidupk­an bulan Ramadan dan menggalakk­an seluruh warga SK Pantai merebut peluang memperting­katkan amal ibadat sepanjang bulan mulia ini secara konsisten dan istiqamah.

“Sepertiman­a yang kita ketahui, Ramadan merupakan bulan yang mulia berbanding bulan yang lain dengan beberapa kelebihan dan keistimewa­an,” katanya.

Selain itu, bulan Ramadan juga dinamakan Al-Mubarak yang bermaksud bulan penuh dengan keberkatan di mana semua umat Islam diberi peluang untuk melipat gandakan amalan dan diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda.

Maka, tambahnya, pihak sekolah telah berusaha melaksanak­an program itu yang merupakan antara program rutin tahunan pada bulan Ramadan dan disekalika­n dengan solat hajat murid-murid tahun enam agar diberikan kejayaan dan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaa­n UPSR kelak.

Sejajar dengan Program Ihya Ramadan itu juga, Mahani berkata pihak sekolah dengan kerjasama PIBG sekolah serta orang perseorang­an memberikan sumbangan kepada anakanak yatim dan asnaf.

“Pihak sekolah sangat berterima kasih kepada penyumbang. Saya berasa amat terharu atas budi baik dan kerjasama yang diberikan oleh ibu bapa di sekolah ini. Semoga para dermawan ini dilimpahi rezeki yang melimpah ruah agar amalan ini dapat diteruskan,” katanya.

Di samping itu, pihak sekolah juga mengadakan program tadarus alQuran di sepanjang bulan Ramadan ini walaupun hari persekolah­an bulan Ramadan agak pendek pada tahun ini.

Mahani merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada Panitia Pendidikan Islam kerana berjaya menganjurk­an majlis itu.

“Terima kasih juga kepada PIBG sekolah yang banyak membantu dari segi sumber kewangan apa jua program sekolah serta kepada semua dermawan dan ibu bapa yang hadir pada kali ini,” katanya.

MAHANI HUSSIN Guru Besar SK Pantai

“Sepertiman­a yang kita ketahui, Ramadan merupakan bulan yang mulia berbanding bulan yang lain dengan beberapa kelebihan dan keistimewa­an. ”

 ??  ?? ANAK-ANAK yatim bersama Mahani (dua dari kanan), Rahmat (empat dari kanan) dan pihak pentadbir.
ANAK-ANAK yatim bersama Mahani (dua dari kanan), Rahmat (empat dari kanan) dan pihak pentadbir.
 ??  ?? MAHANI (empat dari kanan) dan Rahmat (enam dari kanan) bersama golongan asnaf yang menerima sumbangan.
MAHANI (empat dari kanan) dan Rahmat (enam dari kanan) bersama golongan asnaf yang menerima sumbangan.
 ??  ?? GURU yang aktif dalam pengurusan program Ihya Ramadan.
GURU yang aktif dalam pengurusan program Ihya Ramadan.
 ??  ?? SOLAT hajat tahun 6 bersama ibu bapa dan guru antara aktiviti Ihya Ramadan.
SOLAT hajat tahun 6 bersama ibu bapa dan guru antara aktiviti Ihya Ramadan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia