Utusan Borneo (Sabah)

PIBG wadah interaksi ibu bapa

Ruang untuk kemuka pandangan ke arah kemajuan pendidikan anak-anak

-

“Melalui mesyuarat PIBG, segala isu yang dibangkitk­an dapat ditangani dan diselesaik­an dengan sokongan sebulat suara ” ibu bapa dan guru. HAJI SHUIB NASIR Yang Dipertua PIBG SK Sungai Lada

PIHAK sekolah mengadakan Mesyuarat PIBG adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada ibu bapa memberikan cadangan dan pandangan.

Yang Dipertua PIBG SK Sungai Lada Haji Shuib Nasir berkata pihaknya sentiasa terbuka kepada idea dan pendapat ibu bapa serta guru untuk penambahba­ikan PIBG serta menangani pelbagai isu yang berkaitan murid dan ibu bapa.

Katanya PIBG dalam usaha menyelesai­kan isuisu yang tertangguh serta melaporkan aktiviti yang dilakukan sepanjang tahun.

“Melalui mesyuarat PIBG, segala isu yang dibangkitk­an dapat ditangani dan diselesaik­an dengan sokongan sebulat suara ibu bapa dan guru,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat PIBG SK Sungai Lada ke-2, Labuan pada Ahad lalu.

Seramai 157 ibu bapa dan guru menghadiri mesyuarat yang bermula jam 9 pagi itu.

Hadir sama, Guru Besar Anita Syahmini, Timbalan Yang Dipertua Yantei Bakir, Penolong Kanan 1 Siti Rahimah Yusuppu dan ketua-ketua biro.

Pelbagai usul positif yang dicadangka­n oleh ibu bapa disambut baik oleh pihak pengurusan sekolah.

Antaranya usul yang disuarakn oleh ibu bapa ialah mereka disarankan untuk melihat di mana kelemahan dan kelebihan anak-anak supaya kelemahan itu dapat diperbaiki di peringkat awal.

Ahli mesyuarat juga bersetuju akan mengadakan gotong royong setiap tiga bulan untuk mengekalka­n keceriaan dan kebersihan sekolah di mana usul ini mendapat sokongan penuh daripada ibu bapa.

Shuib berkata secara keseluruha­nnya, setiap isu dan permasalah­an sekolah dapat ditangani melalui mesyuarat PIBG bagi mendapat permuafaka­tan dan kata sepakat daripada semua pihak.

“Saya ucapkan terima kasih atas kerjasama dan komitmen ibu bapa membantu menjayakan pelbagai program anjuran PIBG selama ini. Kerjasama itu sewajarnya diteruskan untuk kebaikan anakanak di SK Sungai Lada,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SHUIB menyampaik­an ucapan alu-aluan pada Mesyuarat PIBG SK Sungai Lada.
SHUIB menyampaik­an ucapan alu-aluan pada Mesyuarat PIBG SK Sungai Lada.
 ??  ?? SEBAHAGIAN ibu bapa yang menghadiri Mesyuarat PIBG SK Sungai Lada.
SEBAHAGIAN ibu bapa yang menghadiri Mesyuarat PIBG SK Sungai Lada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia