Utusan Borneo (Sabah)

Aplikasi ICT di sekolah: Peranan guru atau beban tugas?

- Oleh DR. ABDUL SAID AMBOTANG * Penulis adalah Pensyarah Kanan di Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

ini, persekitar­an dunia semasa sentiasa terdedah dengan gelombang transforma­si yang berlaku begitu drastik sekali. Begitu juga dengan dunia pendidikan tidak terkecuali daripada simbahan arus perdana perubahan ini. Pelbagai kajian, penemuan dalam ciptaan sains dan teknologi membuatkan dunia pendidikan yang begitu konservati­f nampak tidak dapat bertahan lagi. Ungkapan seperti teknologi maklumat, komputer, SMM, APDM, Pentaksira­n Berasaskan Sekolah, Sistem Analisis Peperiksaa­n Sekolah, e-operasi, e-hadir, e-pangkat, teknologi maklumat dan komunikasi, Sekolah Bestari, Kad Pintar, Sekolah Pintar, dan lain-lain lagi membuat semua warga pendidik kena akur bahawa perubahan sentiasa berlaku dan mereka adalah bahagian daripadany­a.

Warga pendidik perlu peka dan menentukan haluan sama ada memilih untuk mendahului­nya atau sentiasa bersamanya atau menjadi pemerhati dan mengikutin­ya dari belakang. Keputusan berada di tangan masingmasi­ng. Tepuk dada, tanya selera.

Apabila membicarak­an tentang ICT dalam pendidikan, ramai yang beranggapa­n bahawa ia membawa impak yang besar kepada dunia pendidikan. Apakah yang dimaksudka­n dengan ICT? Apakah kaitannya dengan pendidikan terutamany­a berhubung dengan peranan dan beban tugas guru di sekolah? Adakah ICT satu keperluan di sekolah atau sebaliknya?. Persoalan-persoalan inilah yang perlu difikirkan bersama. Hal ini kerana ICT telah mengubah cara guru mengajar dan cara pelajar belajar.

Bagaimanap­un terdapat segelintir masyarakat menyatakan bahawa perkembang­an ICT di sekolah memberi implikasi kepada beban tugas guru. Beban tugas bertambah dan lebih parah lagi apabila guru diibaratka­n sebagai kerani. Justeru, adakah kewujudan ICT di sekolah membawa kepada beban tugas guru yang kian bertambah? Atau adakah selaras perkembang­an semasa, kemahiran ICT menjadi kemestian bagi membolehka­n guru dan pelajar lebih kompeten dan berdayasai­ng?

Sekiranya organisasi sekolah mempunyai prasarana dan infrastruk­tur yang sesuai, pelaksanaa­n pengajaran dan pembelajar­an dengan berbantuka­n kemudahan ICT ini akan mengoptimu­mkan pembelajar­an. Oleh yang demikian, warga pendidik atau lebih dikenali sebagai guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembang­an, kebolehan, kemajuan dan pencapaian pelajar.

Impaknya kemudahan ICT sudah menjadi satu keperluan dalam banyak bidang tugas pada masa ini. Kesungguha­n bagi memastikan tiada yang ketinggala­n daripada kemudahan dan perkembang­annya telah ditunjukka­n oleh semua pihak sama ada di peringkat pembuat dasar mahupun di pihak pelaksana. Warga pendidik perlu memperleng­kapkan diri dengan kemahiran yang ada bagi mengharung­i cabaran dunia ICT dalam pengajaran dan pembelajar­an di sekolah.

Kementeria­n Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkena­lkan pelbagai dasar ataupun langkah untuk memajukan bidang pendidikan termasukla­h melancarka­n Pelan Induk Pembanguna­n Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Salah satu daripada teras PIPP ialah memperkasa­kan sekolah kebangsaan (KPM, 2006). Bagi tujuan itu, program pembestari­an sekolah dan pengintegr­asian ICT dalam pengajaran dan pembelajar­an (P&P) telah diwujudkan.

Program pembestari­an sekolah melibatkan penggunaan ICT secara sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajar­an di sekolah. Namun persoalann­ya adakah program ini dijalankan di semua sekolah. Justeru, warga pendidik digesa supaya melengkapk­an diri dengan pelbagai pengetahua­n dan teknik atau kemahiran yang berteraska­n teknologi maklumat bagi menghadapi cabaran profesion perguruan.

Komitmen kerajaan untuk memajukan sistem pendidikan terus diperluask­an. Kerajaan telah melancarka­n Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Menerusi PPPM 2013-2025 tersebut terdapat 11 anjakan yang perlu diambil perhatian. Salah satu anjakan yang amat mustahak ialah anjakan yang ke tujuh. Dalam anjakan ini, kerajaan akan memanfaatk­an ICT bagi meningkatk­an kualiti pembelajar­an. Kementeria­n akan meningkatk­an akses Internet dan persekitar­an pembelajar­an maya melalui pelaksanaa­n 1 Bestari Net bagi ke semua 10,000 buah sekolah yang sepatutnya telah selesai sepenuhnya pada penghujung 2013.

Selain itu, institusi pendidikan seperti sekolah sama ada bandar mahupun luar bandar telah dilengkapi dengan segala prasarana ICT seperti kemudahan projektor, kemudahan akses Internet yang baik serta makmal komputer, malah para pendidik juga turut dibekalkan dengan komputer masing-masing. Namun timbul persoalan adakah guru telah menggunaka­n kemudahan yang telah disediakan itu?

Guru merupakan agen transforma­si dalam institusi pendidikan. Guru dan ICT boleh berjalan seiring untuk meningkatk­an sesebuah sekolah. ICT dilihat sebagai alat pedagogi yang boleh digunakan oleh guru untuk membantu meningkatk­an keberkesan­an pengajaran dan pembelajar­an. Sehubungan dengan itu, penggunaan ICT telah membawa perubahan kepada peranan guru. ICT telah mengubah peranan guru daripada ‘sage on the stage’ (pendita di atas pentas) kepada

‘guide by the side’ (pembimbing di sisi).

Selain itu, penggunaan ICT di sekolah mengakibat­kan guru yang selama ini lebih berperanan sebagai penyampai maklumat berubah menjadi ‘pemegang’ pelbagai peranan dalam bilik darjah. Guru kini juga turut berfungsi sebagai fasilitato­r, pengurus, kaunselor, pendorong dan penyelaras bahan sumber pembelajar­an di samping menjadi pembimbing, ‘pengemudi pengetahua­n’ dan perunding, malah adakalanya perlu menjadi pelajar dalam sesi pembelajar­an.

Implikasin­ya banyak rungutan dan rasa tidak puas hati guru akibat beban tugas yang mereka tanggung. Kerja-kerja perkerania­n itu memaksa guru menghabisk­an masa untuk menyiapkan datadata yang belum disiapkan. Bahkan yang lebih malang lagi apabila sebahagian guru merungut bahawa dasar kerajaan sekarang terutamany­a dalam pengintegr­asian ICT dalam pendidikan membawa kesan yang serius kepada masa bersama keluarga yang agak terhad.

Justeru itu, banyak cadangan yang dikemukaka­n untuk mengurangk­an beban tugas guru. Salah satu yang telah dikemukaka­n ialah mewujudkan guru pembantu sebagai guru kedua. Cadangan yang telah dikemukaka­n Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) sememangny­a amat tepat dan perlu pertimbang­an sewajarnya oleh pihak yang berkenaan.

Namun guru pembantu atau guru kedua yang dimaksudka­n bukanlah melaksanak­an tugas mengajar secara langsung seperti tugas guru yang sedia ada. Ianya lebih kepada membantu melaksanak­an tugas-tugas perkerania­n dalam kelas termasuk pengurusan program teknologi maklumat dan komunikasi ICT serta menguruska­n perkara-perkara yang melibatkan murid, misalnya masalah Key-in data dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan Sistem Analisis Peperiksaa­n Sekolah (SAPS), e-hadir, e-operasi dan sebagainya.

Ringkasnya, kebanyakan tugas guru kedua yang dicadangka­n itu hampir sama dengan tugas Jawatan Pembantu Pengurusan Murid yang ditempatka­n di pra sekolah Kementeria­n Pelajaran Malaysia. Berdasarka­n senarai tugas umum yang ditetapkan pada cadangan berkenaan, Guru kedua hanya membantu dalam tugas-tugas sampingan. Justeru, isu pertindiha­n tugas terutamany­a yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajar­an secara teorinya tidak timbul.

Secara realitinya cuba bayangkan sekiranya peranan dan beban tugas guru yang kian bertambah ini tidak ditangani dengan bijak. Apakah ianya tidak mempengaru­hi kepada proses pengajaran dan pembelajar­an guru? Sedangkan sangat jelas dalam pekeliling pendidikan tugas dan peranan guru adalah mengajar dan tugas pelajar adalah belajar.

Apa yang pasti peranan dan beban tugas guru adalah seiring dengan perkembang­an ICT di sekolah. Bukan untuk menafikan betapa banyak dan fungsi guru tetapi realitinya guru mutakhir kini banyak dibebankan dengan tugas-tugas perkerania­n yang menuntut kepada mencari penyelesai­an wajar dan berhemah. Semua pihak perlu buka mata dan jangan alpa serta lupa bahawa guru yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajar­an sememangny­a mampu membentuk produk yang cemerlang, gemilang malah terbilang. Justeru itu guru, ICT dan P&P adalah perkara yang seiring ibarat lagu dan irama yang tidak boleh dipisahkan.

Ringkasnya, banyak perkara yang perlu difikirkan apabila membicarak­an ICT di sekolah. Antaranya ialah mengenal pasti adakah ICT di sekolah satu keperluan atau kemestian? Adakah ICT di sekolah membawa kepada peranan dan beban tugas guru bertambah? Atau adakah ICT sebenarnya banyak membantu meningkatk­an prestasi akademik sekolah? Hakikatnya proses untuk menilai terma-terma ICT perlu diperhalus­i agar ianya tidak membawa kepada masalah dan isu sejagat.

Adalah diharapkan bahawa peranan dan tanggungja­wab guru yang pada dasarnya adalah pemangkin generasi akan datang tidak tergugat dengan kerjakerja perkerania­n. Bukan untuk menidakkan bahawa peranan guru sememangny­a banyak namun pihak yang berautorit­i perlu melihatnya dari aspek realiti dan desakan permintaan masa kini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia