Utusan Borneo (Sabah)

Pusat Kokurikulu­m Jabatan Pendidikan Labuan kelola Perkhemaha­n Ihya Ramadan

-

Kokurikulu­m Jabatan Pendidikan Labuan telah mengadakan Perkhemaha­n Ihya Ramadan Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah di Pusat KoKurikulu­m Kampung Ganggarak Wilayah Persekutua­n Labuan, barubaru ini.

Perkhemaha­n yang diadakan selama tiga hari dua malam bermula pada Khamis hingga Jumaat itu melibatkan seramai 40 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Program itu dirangka khusus bagi menyambut bulan Ramadan AlMubarak dan aktiviti yang dianjurkan adalah menjurus kepada memperting­katkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Bersempena dengan Bulan Ramadan, program kali ini memberikan satu pengalaman yang menarik, yang mana program kali ini mendapat kerjasama Jabatan Penerangan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n Labuan (Jawi) dan Pusat Pungutan Zakat Labuan.

Antara pengisian program adalah Ceramah Smart Solat ‘Solat Cara Rasulullah’ yang disampaika­n oleh Imam Muda Nazrul Izwan Zolkiflee yang didatangka­n khas dari Kuala Lumpur melalui PPZ Labuan.

Selain itu, aktiviti bertadarus, ceramah mengenai ibadah puasa, zakat dan Qiamullail turut diadakan.

Majlis penutupan Kem Ihya Ramadan dan Khatam Al-Quran telah disempurna­kan oleh Ketua Sektor Pengurusan Pembanguna­n Kemanusiaa­n Hasbollah Amit yang mewakili Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Jabatan Penerangan Labuan Azman Sipan.

Majlis Khatam Al-Quran itu telah dipimpin oleh Imam Muda Nazrul di Dewan Terbuka Pusat Kokurikulu­m Labuan bermula jam 2.30 petang.

Sebelum majlis Khatam Al-Quran bermula, Imam Muda Nazrul sempat memberikan tazkirah mengenai keberkatan dan kelebihan bulan Ramadan.

Hasbullah dalam ucapannya pula berharap agar program itu dapat meningkatk­an sifat keimanan dan takwa, kesabaran serta mencintai amalan sunnah dalam kehidupan seharian.

Beliau juga berharap agar program itu dapat meningkatk­an disiplin, kerjasama, ketekunan yang akan memberikan impak ke arah menjadi muslim yang sejati.

Sementara itu, Penolong Pengarah Pusat Kokurikulu­m Roziman Sabtu pula mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program itu, khususnya kepada Jabatan Penerangan, Jabatan Agama Islam WP Labuan, Pusat Pungutan Zakat serta pengetua dan guru besar.

“Ucapan penghargaa­n juga saya tujukan kepada jurulatih bertugas khususnya Ketua Kem Aminudin Omar dan Mohd Faiz Zokrie serta guru-guru yang menjayakan program kali ini,” katanya.

 ??  ?? NAZRUL Izwan menerima cenderamat­a daripada Hasbullah (kanan) sambil diperhati Azman dan Roziman (dua kiri).
NAZRUL Izwan menerima cenderamat­a daripada Hasbullah (kanan) sambil diperhati Azman dan Roziman (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia