Utusan Borneo (Sabah)

Ramadan ajar erti sabar dalam memimpin

-

PUTATAN: Ramadan bukan sekadar menahan diri dari nafsu makan dan minum malah lebih kepada mencari keredhaan Ilahi terutama mengajar sifat sabar dalam aspek kepimpinan diri yang bergelar manusia.

Tokoh agama dan penceramah di Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) Ustaz Ikhwan As Ngadi berkata Ramadan memiliki seribu pengajaran hidup dan salah satunya adalah memupuk sikap sabar dan taat pada perintah Ilahi.

“Pengajaran yang lebih jelas daripada Ramadan sebagai diri bergelar insan, kita seharusnya memiliki sikap sabar dan taat kepada kepimpinan sama ada hidup dalam suasana bermasyara­kat atau berkeluarg­a mahupun pada diri sendiri.

“Hidup akan lebih harmoni dan bermakna tanpa perselisih­an dan perbalahan sesama umat. Walaupun kita memiliki perbezaan pandangan, kita tetap akan bersama jika sabar dan taat kepada pemimpin,” katanya semasa menyampaik­an ceramah pada program sivik rohani anjuran Jabatan Penerangan Negeri Sabah (Japen) di Masjid Al Hilal Tanjung Dumpil, petang Isnin.

Masjid berkenaan merupakan lokasi ke empat dalam siri Program Jelajah Ramadan bagi program itu yang diadakan di Kampung Kuala Abai, Kota Belud dan akan diteruskan ke dua lokasi lain iaitu di daerah Keningau dan Beaufort.

Pada program itu, Pengarah Japen Sabah Haji Suwadi Guliling turut menyampaik­an bantuan kewangan kepada masjid berkenaan yang diterima Pengerusi Masjid Haji Jaafre Abdul Rashid dan Sekolah Agama Rakyat Al-Khariah yang diwakili Ustaz Khair Abdullah.

Terdahulu, rombongan jelajah sivik rohani Japen turut mendengar tazkirah oleh Ustaz Zahar sebelum berbuka puasa bersama para jemaah masjid dan Komuniti 1Malaysia dan seterusnya mengerjaka­n solat Maghrib, Isyak, Sunat Tarawih dan diakhiri dengan moreh.

Hadir sama, Pengerusi Permuafaka­tan Komuniti 1Malaysia Negeri Sabah Mohd Tahir Mohd Soon, Pegawai Penerangan Bahagian Pantai Barat Selatan Peter Tong Ah Pin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka Iskandar Ismail dan Pegawai Penerangan Daerah Edi Rizam Kassim.

 ??  ?? PARA jemaah masjid dan K1M mendengar tazkirah oleh Ustaz Zahar sebelum berbuka puasa bersama.
PARA jemaah masjid dan K1M mendengar tazkirah oleh Ustaz Zahar sebelum berbuka puasa bersama.
 ??  ?? SUWADI (tengah) bergambar bersama Jawatankua­sa Masjid Al Hilal dan K1M Putatan.
SUWADI (tengah) bergambar bersama Jawatankua­sa Masjid Al Hilal dan K1M Putatan.
 ??  ?? SUWADI (dua dari kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Ustaz Khair.
SUWADI (dua dari kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Ustaz Khair.
 ??  ?? SUWADI (dua dari kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Jaafre.
SUWADI (dua dari kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Jaafre.
 ??  ?? USTAZ Ikhwan (kanan) menyampaik­an ceramah pada program itu sebelum menunaikan solat Isyak bersama para jemaah.
USTAZ Ikhwan (kanan) menyampaik­an ceramah pada program itu sebelum menunaikan solat Isyak bersama para jemaah.
 ??  ?? SUWADI bersama para jemaah masjid menunaikan solat Isyak dan Tarawih bersama.
SUWADI bersama para jemaah masjid menunaikan solat Isyak dan Tarawih bersama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia