Utusan Borneo (Sabah)

Semarakkan ukhuwah Islamiah

129 PPIM Sandakan jayakan Majlis Sambutan Ihya, Happy dan Iftar Ramadan

- Oleh SALMAN ABADI

PERGERAKAN Puteri Islam Malaysia (PPIM) Sandakan telah mengadakan Majlis Sambutan Ihya, Happy dan Iftar Ramadan di Masjid Datuk Pengiran Galpam (Bandar Labuk Jaya) Sandakan, Sabtu lalu.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelaksana Hajah Munah Haji Nasri berkata seramai 103 ahli PPIM dan 26 pemimpin PPIM (guru pengiring) dari 10 sekolah menengah di sekitar daerah Sandakan menyertai program itu.

Sekolah-sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Fajar, SMK Merpati, SMK Tinusa, SMK Perempuan, SMK Muhibbah, SMK Elopura, SMK Sandakan 2, SMK Datuk Pengiran Galpam, SMK Gum-gum dan SMK Libaran.

Munah yang juga pengerusi Perhubunga­n PPIM Daerah Sandakan berkata pelaksanaa­n program murni itu menggarisk­an lima objektif utama.

Antaranya ialah melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam.

“Ia juga bertujuan mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beribadat dalam bulan Ramadan Al-Mubarak ini demi menyemarak­kan amalan jamaie serta seimbang dalam urusan duniawi dan ukhurawi,” katanya.

Beliau yang juga pengetua SMK Taman Fajar menjelaska­n dalam masa yang sama, program itu dapat melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan dalam kalagan warga sekolah serta turut sama bersimpati dan memberi sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik.

Selain itu, ia juga merupakan satu wadah untuk memberi penjelasan dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati keberkatan, kepentinga­n, tuntutan dan cabaran beramal khususnya sepanjang bulan Ramadan.

“Program ini juga berhasrat mencapai objektif untuk memantap dan menyemarak­kan lagi ukhuwah Islamiah antara warga sekolah dengan masyarakat setempat dan juga para ibu bapa pelajar,” katanya.

Program yang bermula jam 11 pagi itu dimulakan dengan Majlis Tadarus Al-Quran, solat Zohor berjemaah mengikut Imam Masjid Pengiran dan solat Asar yang kemudianny­a bersambung dengan acara Majlis Khatam Quran yang diketuai Ustazah Haneza dan Ustazah Noreizan dari SMK Merpati, Sandakan.

Turut diadakan ialah Penyerahan Sumbangan Mushaf Al-Quran daripada PPIM Sandakan kepada Pengerusi Jawatankua­sa Masjid Datuk Pengiran Galpam Pengiran Abdul Rahman.

Pengisian acara seterusnya ialah Program Happy Ramadan yang mana para ahli PPIM Sandakan memberikan sumbangan Iftar berbentuk buah kurma dan minuman sebanyak 300 bungkusan diagihkan kepada masyarakat atau komuniti setempat yang berhampira­n termasukla­h para pengguna jalan raya yang melalui jalan di hadapan masjid itu.

Majlis itu diakhiri dengan Program Iftar Ramadan oleh semua ahli dan pemimpin PPIM yang terlibat.

Majlis perasmian Sambutan Ihya, Happy dan Iftar Ramadan itu disempurna­kan oleh Pengerusi Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) Daerah Kinabatang­an Datuk Hajah Nafsah Pengiran Galpam.

Sementara itu, Munah merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu menjayakan program itu khasnya kepada 103 pelajar (ahli PPIM) dan 26 guru PPIM, para pengetua sekolah terlibat dan pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan serta pihak pengurusan Masjid Datuk Pengiran Galpam dan juga PPIM Perhubunga­n Negeri Sabah.

Program ini juga berhasrat mencapai objektif untuk memantap dan menyemarak­kan lagi ukhuwah Islamiah antara warga sekolah dengan masyarakat setempat dan juga para ibu bapa pelajar. HAJAH MUNAH HAJI NASRI Pengerusi Jawatankua­sa Pelaksana

 ??  ?? AHLI PPIM ceria melakukan kerja amal pengagihka­n sumbangan Iftar Ramadan. AHLI PPIM bersiap sedia mengagihka­n sumbangan Iftar Ramadan kepada orang ramai dan pengguna jalan raya di hadapan Masjid Datuk Pengiran Galpam.
AHLI PPIM ceria melakukan kerja amal pengagihka­n sumbangan Iftar Ramadan. AHLI PPIM bersiap sedia mengagihka­n sumbangan Iftar Ramadan kepada orang ramai dan pengguna jalan raya di hadapan Masjid Datuk Pengiran Galpam.
 ??  ?? MUNAH (dua kanan) menyerahka­n sumbangan Mushaf Al-Quran kepada Abdul Rahman diperhatik­an Nafsah (kiri) dan Aisah Haji Kamil (Timbalan Pengerusi PPIM).
MUNAH (dua kanan) menyerahka­n sumbangan Mushaf Al-Quran kepada Abdul Rahman diperhatik­an Nafsah (kiri) dan Aisah Haji Kamil (Timbalan Pengerusi PPIM).
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada 129 ahli dan pemimpin PPIM daerah Sandakan yang menjayakan majlis itu.
SEBAHAGIAN daripada 129 ahli dan pemimpin PPIM daerah Sandakan yang menjayakan majlis itu.
 ??  ?? MAJLIS Khatam Quran yang diketuai Ustazah Haneza dan Ustazah Noreizan dari SMK Merpati.
MAJLIS Khatam Quran yang diketuai Ustazah Haneza dan Ustazah Noreizan dari SMK Merpati.
 ??  ?? PESERTA program berbuka puasa.
PESERTA program berbuka puasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia