Utusan Borneo (Sabah)

Ops Selamat peringkat IPD LDU berjalan lancar

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

MAJLIS Pelancaran Ops Selamat 11/2017 peringkat IPD LDU sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini berjalan lancar dalam majlis serba ringkas yang diadakan di Kilometer 12, Jalan Lahad Datu-Tawau, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad dalam ucapannya berkata setiap tahun ketika umat Islam mengadakan persiapan menyambut Hari Raya, turut dilancarka­n Ops Selamat yang mana suatu ketika dulu lebih dikenali sebagai Ops Sikap.

Menurut beliau, Ops Selamat 11/2017 adalah bagi melancarka­n perjalanan pergi dan balik kepada semua pengguna jalan raya dari utara ke ke selatan, timur ke barat dan dari kota ke desa.

Selain itu, ia untuk menurunkan kadar kemalangan jalan raya sama ada dalam bentuk kemalangan maut, parah atau cedera ringan yang mana sekiranya dilihat daripada rekod, statistik yang dicatatkan saban tahun menunjukka­n peningkata­n dan kenaikan dalam kadar kemalangan.

“InshaAllah, semoga pada tahun ini khusunya bagi daerah ini kita akan dapat mengekang dan mengawal kadar kemalangan yang dijangka akan berlaku,” katanya.

Hamzah berkata Ops Selamat juga bagi memastikan keselamata­n rumah yang ditinggalk­an sebelum bercuti berada dalam keadaan selamat sepertiman­a semasa ia ditinggalk­an.

Di samping itu, bagi memastikan kawasan perairan khususnya di kawasan pantai timur Sabah berada dalam keadaan selamat.

“Kita pastikan perairan kita selamat, penduduk yang menghuni pesisir pantai berada dalam keadaan selamat, pengusaha bot yang menjalanka­n aktiviti di laut juga berada dalam kejadaan selamat terutamany­a di musim perayaan ini,” katanya.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada seluruh agensi yang akan turut bersama dalam operasi itu yang mana ia akan berlangsun­g bermula 18 Jun sehingga 2 Julai, iaitu selama 14 hari.

Hamzah berkata sama seperti Ops Selamat sebelum ini, objektif operasi adalah untuk meminimumk­an kadar kemalangan jalan raya dan indeks jenayah melibatkan keselamata­n rumah ketika musim perayaan itu.

“Selain aspek keselamata­n jalan raya, Ops Selamat ini juga menekankan kepada keselamata­n harta-benda atau rumah yang ditinggalk­an,” katanya.

Pada majlis sama turut diadakan pengagihan kirakira 100 ‘goodies’ kepada tetamu dan pengguna Jalan raya laluan Lahad DatuTawau.

 ??  ?? HAMZAH (tengah) merakamkan album bersama pegawai kanan serta wakil agensi yang hadir.
HAMZAH (tengah) merakamkan album bersama pegawai kanan serta wakil agensi yang hadir.
 ??  ?? HAMZAH bersama para tetamu jumputan mengagihka­n goodies kepada para pengguna jalan raya.
HAMZAH bersama para tetamu jumputan mengagihka­n goodies kepada para pengguna jalan raya.
 ??  ?? HAMZAH (kiri) menyampaik­an goodies kepada salah seorang tetamu jemputan.
HAMZAH (kiri) menyampaik­an goodies kepada salah seorang tetamu jemputan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia