Utusan Borneo (Sabah)

KPDNKK Bintulu jalankan 1,007 pemeriksaa­n di empat bazar Ramadan

-

BINTULU: Pasukan Penguatkua­saan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Bintulu telah menjalanka­n 1,007 pemeriksaa­n di empat bazar Ramadan di Bintulu sebelum ini.

Penguat kuasa KPDNKK diketuai Ketua Penguat Kuasa Negeri Abdul Hafidz A Rahim seterusnya menjalanka­n pemeriksaa­n susulan pada petang Isnin dalam operasi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan agensi berkaitan dan memeriksa 30 gerai di bazar Ramadan Pantai ABF.

Empat agensi terlibat ialah Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu.

Abdul Hafidz berkata, daripada pemeriksaa­n itu setakat ini semua pengusaha gerai makanan di empat bazar Ramadan di sini mematuhi peraturan dan undangunda­ng.

“Begitupun pasukan penguat kuasa kami meneruskan pemeriksaa­n tetap di bazarbazar terbabit,” katanya selepas menyertai 40 penguat kuasa semasa operasi NBOS tersebut.

Di Bintulu, terdapat sejumlah 196 gerai dibuka di empat bazar merangkumi 108 lot gerai di Dataran Esplaned, ruang lapang Kampung Assyakirin (28 buah), Pantai ABF (30) dan Pusat Sukan Kidurong (30).

Katanya, operasi NBOS merupakan usaha berterusan KPDNKK dan agensiagen­si kerajaan yang lain bafi mengukuhka­n penguatkua­saan agar lebih berkesan melindungi hak-hak pengguna.

“Dengan operasi NBOS ini, setiap agensi menguatkua­sakan undang-undang masingmasi­ng,” katanya sambil menambah, operasi itu dilaksanak­an di seluruh negeri.

 ??  ?? ABDUL Hafidz bercakap kepada pemilik gerai makanan di Bazar Ramadan Pantai ABF.
ABDUL Hafidz bercakap kepada pemilik gerai makanan di Bazar Ramadan Pantai ABF.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia