Utusan Borneo (Sabah)

Pengguna jalan raya diingat patuhi peraturan, rancang perjalanan

-

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak melancarka­n Ops Selamat 11 sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 18 Jun hingga 2 Julai ini.

Sehubungan itu, Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor mengingatk­an pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan dan merancang perjalanan.

Tegasnya, kebanyakan kemalangan berlaku adalah berpunca daripada sikap pengguna jalan raya itu sendiri yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan.

"Sikap tergesa-gesa untuk pulang ke kampung akan memudaratk­an diri masing-masing dan untuk itu ingin saya ingatkan di mana sahaja anda berada terutama ketika di atas jalan raya, sentiasa patuhi peraturan yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarka­n Ops Selamat 11 sempena Hari Raya Aidilfitri di Terminal Bas Kuching Sentral di sini pada Ahad.

Pada masa sama, Mazlan mendedahka­n bahawa sebanyak 17 lokasi kerap berlaku kemalangan di seluruh Sarawak melibatkan daerah Bau, Kota Samarahan, Sri Aman, Lubok Antu, Sarikei, Mukah dan Lawas.

Jelasnya, di Bau melibatkan dua lokasi iaitu Jalan Bau di Kilometer (KM)2 dan dan KM9, di Kota Samarahan pula dua lokasi iaitu di Jalan Datuk Mohd Musa di KM1, KM6, KM11 dan KM16.

Di Sri Aman pula empat lokasi iaitu di Jalan Sri AmanKuchin­g KM65, di Jalan Sri Aman-Sarikei KM20, KM53 dan KM56.

Di Lubok Antu pula di Jalan Sri Aman-Sarikei KM35 manakala di Sarikei melibatkan Jalan Betong-Sarikei Meradong KM431.

Sementara di Mukah pula tiga lokasi melibatkan Jalan Sibu-Bintulu di KM71, KM 79 dan KM114 manakala di Lawas pula melibatkan Jalan Lawas-Trusan KM1 dan Jalan Lawas-Merapok KM4.

Menyentuh mengenai statistik kemalangan Ops Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016, Mazlan berkata sebanyak 724 kes dicatatkan iaitu menurun kepada 41 kes berbanding 765 pada 2015.

"Bagi statistik kes pecah rumah pula dari tempoh 1 Januari hingga 14 Jun secara keseluruha­n telah menunjukka­n penurunan 11 peratus," tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia