Utusan Borneo (Sabah)

Razie cerahkan peluang M’sia

Saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London

-

KUALA LUMPUR: Jaringan tunggal Muhammad Razie Abdul Rahim berjaya menghidupk­an peluang Malaysia ke Piala Dunia 2018 apabila mengalahka­n Korea Selatan 1-0 dalam saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia (WHL) di London, awal kelmarin.

Pada perlawanan ketiga Kumpulan A, skuad bimbingan Stephen Van Huizen itu mempamerka­n aksi yang lebih fokus dan disiplin yang tinggi untuk menjayakan misi wajib menang menentang Korea Selatan.

Pada perlawanan yang mana kedua-dua pasukan perlu menang itu, Korea Selatan terlebih dulu mengasak kubu Malaysia dan hampir memperoleh jaringan pada minit pertama perlawanan namun berjaya ditangkis penjaga gol kebangsaan S. Kumar.

Dalam aksi yang mendeKLANG: barkan itu, Muhammad Razie memastikan kemenangan milik skuad ‘Malaysian Tigers’ menerusi percubaan pukulan sudut penalti pada minit ke35, sekali gus mencerahka­n peluang skuad negara ke suku akhir.

Malaysia hanya perlu seri dalam aksi terakhir bertemu China, esok, untuk melangkah ke peringkat suku akhir.

Tersentak dengan jaringan Malaysia, pasukan Korea Selatan kembali mengatur serangan bertali arus hingga dihadiahka­n dua pukulan sudut penalti pada minit terakhir perlawanan namun kecekapan Kumar berjaya menidakkan percubaan lawan.

Dengan kemenangan ini, Malaysia kini menduduki tangga ketiga manakala China pula di tangga keempat berdasarka­n perbezaan jaringan. Argentina terus unggul di tangga teratas kumpulan A diikuti England.

Malaysia tewas kepada Argentina 5-2 pada perlawanan pembukaan sebelum dibelasah 7-3 oleh England manakala China sebelum ini menang ke atas Korea Selatan 5-2 dan tewas kepada gergasi hoki dunia, Argentina, 10-0. -Bernama

Dengan kemenangan ini, Malaysia kini menduduki tangga ketiga manakala China pula di tangga keempat berdasarka­n perbezaan jaringan. Argentina terus unggul di tangga teratas kumpulan ” A diikuti England.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia