Utusan Borneo (Sabah)

Barisan muda Jerman raih tiga mata berharga

Australia gagal buru gol penyamaan saksi skuad Loew duduki tangga kedua Kumpulan B Piala Konfederas­i

-

SOCHI, Rusia: Skuad muda Jerman menangani kebangkita­n Australia dalam separuh masa kedua untuk memulakan kempen Piala Konfederas­i dengan kemenangan 3-2 di sini Isnin lepas.

Gol dari Lars Stindl dan Leon Goretzka, di antara gol tendangan penalti Julian Draxler menyaksika­n Jerman mengutip tiga mata penuh dan berada di tangga kedua Kumpulan B di belakang Chile, lawan mereka di Kazan Khamis depan.

Tommy Rogic mengikat kedudukan 1-1 dalam separuh masa pertama sebelum Tomi Juric menjaringk­an gol kedua, yang dibenarkan pengadil walaupun cadangan bola terkena tangan menyebabka­n satu semakan dari pengadil bantuan video (VAR).

Australia kemudian melancarka­n beberapa serangan lewat untuk memburu gol penyamaan tetapi Jerman berjaya bertahan sehingga ke wisel penamat.

“Pertama sekali dan yang paling penting, saya gembira kerana kami berjaya mengutip tiga mata penuh,” kata jurulatih Jerman, Joachim Loew.

“Kami bermain dengan baik dalam separuh masa pertama – satu-satu perkara buruk ialah ia hanya 2-1 pada masa rehat.

“Kami hilang rentak selepas 60 minit permainan dan perlu berusaha lebih baik untuk mengekalka­n konsistens­i permainan tetapi banyak perkara berhasil dengan baik.”

Australia akan menentang Cameroon, yang tewas 0-2 kepada Chile pada perlawanan pertama, di Saint Petersburg dengan kedua-dua pasukan memerlukan kemenangan untuk memburu tempat ke peringkat separuh akhir.

“Ia mengecewak­an, kami sukar mencari rentak dalam separuh masa pertama,” akui jurulatih Australia, Ange Postecoglo­u.

“Kami bermain dengan lebih baik dalam separuh masa kedua, kami lebih tenang dan kembali mengimbang­i permainan.

“Ia satu kekalahan dan ia adalah tanggungja­wab saya.”

Banyak yang diperkatak­an sebelum sepak mula apabila Jerman membawa skuad muda dan barisan kesebelasa­n utama mereka hanya membuat 138 penampilan antarabang­sa di antara mereka.

Kehadiran juara dunia di Sochi bagaimanap­un gagal menarik minat penonton tempatan dan hanya 28,605 penonton hadir di Stadium Fisht yang bolehmemua­tkan47, 700 tempat duduk. Mereka yang hadir menyaksika­n Jer- man tidak mengambil masa yang lama untuk membuka jaringan apabila Julian Brandt mengumpan bola kepada Stindl untuk gol pertama beliau dari tiga perlawanan bersama Jerman. Dengan Brandt mengucarka­cirkan pertahanan Australia dari sayap kanan, penyerang Sandro Wagner mempunyai dua peluang terbaik tetapi gagal melakukan penyudah kemas.

Australia bernasib baik tidak bolos lebih banyak gol pada 30 minit pertama tetapi mereka akhirnya mengimbang­i permainan dengan Trent Sainsbury mensia-siakan peluang awal untuk mengikat kedudukan apabila tandukanny­a liar walaupun pintu gol Jerman terbuka luas.

Australia bagaimanap­un berjaya mengikat kedudukan apabila rembatan Rogic dihadang tetapi beliau berjaya merembat bola muntah ke pintu gol pada minit ke-41.

Pemain pertahanan Australia, Massimo Luongo bagaimanap­un mengasari Goretzka dalam kotak penalti tiga minit kemudian, membolehka­n kapten Jerman, Draxler, meletakkan Jerman kembali di hadapan.

Jerman menambah jaringan pada minit ke-48 apabila Goretzka menyempurn­akan umpanan Joshua Kimmich.

Australia merapatkan lagi kedudukan apabila Juric menolak bola muntah dari jarak dekat selepas penjaga gol Jerman, Bernd Leno gagal menepis kemas rembatan Rogic pada minit ke-56.

Pemain Jerman mendakwa bola terkena tangan Juric, menyebabka­n gol itu dirujuk kepada VAR.

Rakaman menunjukka­n bola terkena lengan Juric sebelum Leno menepis bola tetapi ia gol itu dikekalkan.

Australia berasa semakin yakin dengan gol itu dan melancarka­n asakan demi asakan pada lewat permainan tetapi Leno beraksi tangkas menepis cubaan James Troisi, Robbie Kruse dan juga Juric.

Jerman mempunyai satu peluang menamatkan kebangkita­n Australia tetapi rembatan Timo Werner terkena palang.

Pemain tengah veteran Australia, Tim Cahill, pada usia 37 tahun, dimasukkan pada lewat permainan untuk penampilan ke-98 bersama Australia tetapi penjaring terbanyak dengan 48 gol itu gagal menambah koleksi golnya. — AFP

“Pertama sekali dan yang paling penting, saya gembira kerana ” kami berjaya mengutip tiga mata penuh. Joachim Loew Jurulatih Jerman

 ??  ?? VARGAS (kanan) menerima tentangan sengit ketika bersaing pada aksi di Stadium Spartak, Moscow pada Ahad lepas. — Gambar Reuters
VARGAS (kanan) menerima tentangan sengit ketika bersaing pada aksi di Stadium Spartak, Moscow pada Ahad lepas. — Gambar Reuters
 ??  ?? DRAXLER dikerumuni rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol pada aksi Piala Konfederas­i 2017 menentang Australia di Stadium Fisht,Sochi kelmarin. — Gambar AFP
DRAXLER dikerumuni rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol pada aksi Piala Konfederas­i 2017 menentang Australia di Stadium Fisht,Sochi kelmarin. — Gambar AFP
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia