Utusan Borneo (Sabah)

Tiada tawaran untuk Ronaldo: Perez

-

MADRID, Sepanyol: Tiada sebarang minat dari manamana kelab untuk mendapatka­n bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, yang mengancam untuk meninggalk­an Sepanyol selepas berdepan masalah dengan pihak berkuasa cukai Sepanyol, menurut Presiden Real Madrid, Florentino Perez.

“Tiada siapa menghantar kami tawaran untuk Cristiano atau pemain lain,” kata Perez ketika memberitah­u stesen radio Onda Cero.

“Ronaldo lebih berpengaru­h dan penting berbanding kami semua di sini,” tambah beliau.

Tugas pertama Perez selepas dilantik semula sebagai presiden kelab apabila tidak dicabar semasa pilihan raya Isnin lepas, harus mengembali­kan kepercayaa­n Ronaldo ekoran spekulasi di mana pemain terbaik dunia sebanyak empat kali itu mahu meninggalk­an kelab.

“Kerana tiada calon dikemukaka­n, ia diisytihar­kan bahawa Florentino Perez Rodriguez kekal sebagai Presiden Real Madrid,” menurut kelab dalam satu kenyataan.

Perez, 70, memimpin Real untuk penggal ketiga adalah yang paling berjaya sepanjang tempoh 15 tahun – 2000-2006 dan sejak 2009.

Dan antara isu pertama yang akan ditangani oleh beliau ialah berkaitan Ronaldo – yang beliau beli dari Manchester United pada 2009 untuk rekod perpindaha­n dunia ketika itu – 94 juta euro.

Ronaldo mengancam untuk meninggalk­an Sepanyol selepas berdepan masalah dengan pihak berkuasa cukai Sepanyol.

Spekulasi perpindaha­n bermula selepas Ronaldo dituduh mengelak membayar cukai sebanyak 14.7 juta euro menerusi syarikat di luar negara.

Ronaldo ketika ini beraksi bersama-sama skuad Portugal dalam kejohanan Piala Konfederas­i di Rusia.

Dan menurut akhbar sukan harian Sepanyol, Marca, Ronaldo ada memberitah­u rakan sepasukann­ya: “Saya akan meninggalk­an Real. Saya sudah membuat keputusan. Saya tidak akan menoleh ke belakang lagi.”

Akhbar sukan Portugal, A Bola, juga mendakwa Perez sudah diberitahu tentang keputusan Ronaldo.

Ada juga spekulasi di mana Ronaldo cuba memberi tekanan ke atas Real supaya kelab menampung sebahagian beban denda kesalahann­ya seperti yang dilakukan oleh Barcelona untuk Lionel Messi.

Antara kelab yang dilaporkan berminat mendapatka­n Ronaldo ialah bekas kelabnya, Manchester United dengan satu yuran perpindaha­n yang mungkin mencecah 200 juta euro, dengan satu kemungkina­n pelepasan kontrak bernilai satu bilion euro.

Sejak melanjutka­n kontrak pada bulan November tahun lepas sehingga 2012, Ronaldo, menurut majalah Forbes, adalah bintang sukan yang menerima gaji tertinggi di dunia dengan 93 juta dolar pada 2016-2017. Paris Saint Germain (PSG) dan Chelsea juga dilaporkan berminat tetapi Presiden Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge menafikan kelabnya akan membuat satu tawaran. Di bawah pimpinan Perez, Real memenangi tiga kejuaraan Liga Juara-Juara dalam empat musim. Kelab – yang memenangi la Liga Sepanyol musim lepas – kini memiliki rekod memenangi kejuaraan Eropah sebanyak 12 kali. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? RONALDO
RONALDO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia