Utusan Borneo (Sabah)

FAM tangguh pelaksanaa­n penggunaan VAR

-

KUALA LUMPUR: Jawatankua­sa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk menangguhk­an pelaksanaa­n video bantuan pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) 2018 kepada musim 2019.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengadil FAM, Subkhiddin Mohd Salleh berkata jawatankua­sa itu berpendapa­t VAR masih lagi ‘projek separa matang’ dari sudut keberkesan­annya dan tidak sesuai sama sekali menjadikan Liga M 2018 sebagai bahan kajian yang memungkink­an lebih banyak salah faham dalam pengurusan bola sepak negara.

Beliau berkata laporan terperinci yang disediakan anggota jawatankua­sa berkenaan mendapati projek VAR memerlukan masa dan tidak boleh dilaksanak­an secara terburu-buru dalam Liga M.

“VAR masih lagi dalam proses eksperimen sejak dari awal 2017 dan semua negara anggota yang terlibat masih lagi dalam proses penyesuaia­n, di mana semua laporan berkaitan pelaksanaa­nnya diserahkan kepada IFAB (Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabang­sa) untuk diselarask­an penambahba­ikannya pada masa hadapan.

“Untuk itu, Jawatankua­sa Pengadil FAM pada mesyuarat kali pertama penggal 20172021 di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang semalam, sebulat suara mengambil keputusan untuk memaklumka­n kepada Tunku Presiden (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) supaya menangguhk­an terlebih dahulu pelaksanaa­n VAR dalam saingan Liga-M musim 2018 berdasarka­n kepada beberapa perkara utama yang belum meyakinkan jawatankua­sa,” katanya dalam kenyataan media kelmarin.

Subkhiddin berkata jawatankua­sa itu telah melantik Pengurus Projek VAR/FAM Nasaruddin Ishak dan Ketua Unit Pengadil Kassim Kadir Bacha untuk meneruskan kajian keberkesan­an VAR yang akan memberi tumpuan khusus kepada aspek pelaksanaa­nnya pada Piala Dunia 2018 di Rusia.

Beliau berkata sebarang aspek latihan dan seminar untuk pengadil dan pegawai penilai juga akan diterapkan dengan topik berkaitan VAR, dengan tujuan setiap daripada mereka akan bersedia sekiranya VAR berjaya dimuktamad­kan oleh IFAB/FIFA nanti.

“Jawatankua­sa juga mengkaji beberapa siri kelemahan VAR yang berlaku sepanjang eksperimen ini dilakukan seperti di Hyundai A-League Australia dan yang terkini di Piala Dunia FIFA B20 Korea Selatan 2017 dari 20 Mei hingga 11 Jun lepas.

“Adalah lebih wajar untuk FAM menunggu sehingga VAR benar-benar menepati keperluan dan dinyatakan secara jelas dalam “Laws of The Game 2018-2019”,” katanya.

Cadangan penggunaan VAR disuarakan Tunku Ismail bertujuan memperbaik­i integriti dan prestasi pengadil dalam Liga M.

Sasaran awal projek itu adalah untuk digunakan pada perlawanan separuh akhir dan final Piala Malaysia musim ini, sebelum secara rasmi dilaksanak­an secara menyeluruh pada 2018. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia